Saturday, January 29, 2011


Di sini...
Angin cemburu kuat...
Hujan bermain tarik tali...
Lalu...
Baju yang disidai..
Tak kering2...

Di sini...
Orang sudah tidak kelihatan...
Suara tidak lagi memecah kesunyian...
Bagaimana dengan penghuni tetap mahallah nanti???

Di sini...
Bilik dibaiki...
Menetap sementara di satu sudut...
Tanpa compartment...
Bersatu dua jiwa...
Berkongsi kehidupan...
Bahagia...

Di sini...
segalanya akan ditinggalkan...
Kenangan bersama....
Kehidupan sementara....
Akhirnya...

May Allah blessed all of us..a~miin...:)




Monday, January 24, 2011

feeling hurt??

sometimes our heart had been torn apart..and it is really2 hurt...
sakit kan bila hati sakit?? bukan 'sakit hati' ye...
tp itulah ujian buat hati kita. mungkin dah lama hati ini tidak terluka..sekali-skala x salah kan untuk berasa sakit? pasti ada hikmah yg besar selepas itu..cuma sepanjang tempoh sakit tu nk hilang je rasa terseksa..pedihnya di dada sampai rasa nk tekan2 dada kita..rasa nk menangis sangat2..hilang semangat..rasa nk tidur je...

Tapi.....

pernah x kita terfikir untuk memujuk hati kita dengan membaca al-Quran..mentadabbur kalam Allah yg Maha Agung? biasanya, kita biasanya mencari hiburan dunia untuk menghillangkan rasa sedih mahupun stress...so, jom kita try bersama selepas ni untuk memikirkan Quran first before fikir hal2 duniawi yg lain..or maybe kita solat sunat dulu,then baru baca Quran..or..kita baca Quran, lepas tu kita gi jalan2 kat luar,amik angin, tgok alam ciptaan Tuhan...sedapnya...:)

Sunday, January 23, 2011

macam2 dalam 1..



Seminggu ni, IIUM Kuantan meriah dengan sorakan gemuruh dari penyokong2 pasukan masing2. Tiap2 petang dan malam sorakan pasti bergema dan dapat didengari hatta di bilik pun. Dahsyat kan? Manusia ni, kalau buat sesuatu dengan bersungguh2, pasti jadi hebat dan bersemangat. Kalau bersungguh2 la...


Emm..Minggu ni dan minggu depan seterusnya seminggu lepas cuti, midterm berjalan. Semua pakat dok pulun study. Kadang2 tu meremang bulu roma tengok kawan yang kat mana2 pun dia baca buku. Huish...gerun! Tapi, itulah usaha kesungguhan dia dalam study kan? Tahniah! :) Dalam menuntut ilmu ni mana boleh ada rasa jemu...




Dalam kita sibuk2 main game interkuliyyah, study, buat assingment, prepare for presentation, ujian Allah pada hambaNya tetap ada. Khas untuk hambaNya yang terpilih sahaja pada waktu sekian, tempat sekian, dan hari sekian. Semua ujian Allah pada kita mematangkan kita. Allah nak bagi sesuatu hikmah yang sangat bernilai pada kita melalui ujianNya. Kan? Kadang2 mungkin kita tak sedar bahawa kita kekurangan sesuatu atau lemah dalam part2 tertentu, atau kurang mantap dalam sesuatu bidang. Jadi, Allah nak ajar kita dengan memberikan sedikit ujian pada kita dan kita kena solve ujian tu. Percayalah, dalam setiap ujian itu, Allah sebenarnya dah bagi solution nya kat kita. Cuma kita ja kena mencari dengan merujuk pada Dia. :)


Sedikit perkongsian (boleh kata luahan jugak kot) untuk minggu ni dan minggu2 yg akan datang...:) walaupun tak banyak yang dikongsi di sini, moga ada lah manfaat yang dapat diambil dari post kali ni. Insya-Allah..:)


p/s:Tukar mode kejap..;)

Sunday, January 16, 2011

Mula-Akhir-Selamanya..

Malam ni ada closing CAMPRO..Setelah lama berlangsung, akhirnya sampai ke penamat. Tapi perjuangan dalam Islam takkan pernah tamat di atas muka bumi Allah ini,kan? :)


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran kecuali kehidupan di syurga Allah yang kekal abadi selamanya. :)


Ramai yang ingin masuk syurga. Syurga yang mana? Ke berapa? Rasanya ramai yang tidak jelas tentang ni. Matlamat kita mesti jelas kan dalam apa pun yang kita lakukan. Misalnya bab munakahat. Senang cerita, bab kahwin lah. Sebab baru je dengar Talk on Cinta "LET'S GET MARRIED". ^_^


Ustaz Ridhauddin kata, nak berkahwin,mesti kena ada matlamat yang jelas. Kenapa kita nak berkahwin. Ke mana perkahwinan kita. Endingnya bagaimana.


Ustaz menyatakan, ending sesebuah perkahwinan adalah Islam. Malah, sebenarnya kita ini telah mempunyai pasangan hidup masing2. Kita sebenarnya telah berkahwin dengan Islam sejak lahir lagi. Dalam erti  kata lain, Islam ialah isteri pertama kepada seorang muslim. Islam ialah suami pertama kepada seorang muslimat. Banyak pasangan baitul muslim yang ingin sehidup semati. Tapi adakah sampai di situ sahaja then habis macam tu je? Mesti lah kita nak sampai syurga kan? Tapi takkan syurga saja? Syurga ada 8 pintu. Nak masuk ikut pintu mana? So, marilah sama2 meletakkan ending perkahwinan kita untuk sampai ke Syurga Firdaus. Dengan ending yang sebegini, insyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat.


"Abang tunggu ayang di syurga Firdaus" antara ucapan yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Real story. SubhanAllah.  (n_n)

Thursday, January 13, 2011

~coretan hari ini~

two best frienz yg hati berbunga2 bila berjumpa..=)
Hati rasa ingin meluahkan..Jari dah terasa nak exercise..Tapi minda pulak x tau nak bagi idea apa..Kenapa jadi macam ni ek? Minda sangkut-paut dengan hati kan? Kalau minda x mau fungsi, maknanya ada something wrong ngn hati nie...huish2...istighfar2..Astaghfirullahal'azim3x....


Hari ni rasa semacam ja. Limaza?? Mengapa?? Why??


Huhu..Macam2 la kan hati kita ni..Time dia sihat, satu badan kita akan sihat. Tapi bila dia jatuh sakit ja, hurm..
alahai..comelnya shaoran..malu2 kucing pulak..
agk2 hati dia mcm mana ye msa ni??
Teringat sabda Nabi kita yang lebih kurang begini mafhumnya : Jika baik seketul daging itu, maka baiklah keseluruhannya. Kalau buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya.. Ketahuilah daging itu ialah HATI.


Bicara pasal hati memang x kan pernah selesai..Sebab hati selalu berubah-rubah mood dia..Yang penting, kita kena tahu control hati, jaga dia, bajai dia, rawat dia..hidupkan hati kita dalam biah solehah..Islam is our way of life, right? =)


Hati Belle ikhlas berkawan dgn Beast wlupun rupa Beast menakutkan dan Beast sgt hot tempered..=)




Tiba2 pulak nk tgok kartun2 nie..~



Saturday, January 8, 2011

family dAy...:)

Hari ini...family day for all dietition to be, telah diadakan di taman pertanian kuantan,Pahang. 


Hari Sabtu, bersamaan 08/01/11=> 3 Safar 1432H..


Bermula dengan pagi yang indah dan permai lagi mempersonakan hati dan mata yang memandang. Bayu dingin yang bertiup riang disulami kabus menambah lagi rasa nyaman di hati. Sehinggakan rasa macam duk kat oversea je..contohnya, Australia..;)


Then, pergi ke tempat meletakkan beg dan tunggu di situ. Ia sebuah dewan yang dibuat dari papan. Dewan Pulma nama diberi. Sejuk.


Announcement dibuat. Semua participants dikehendaki turun ke lapangan yang beralaskan rumput. Pendek kata, ia sebuah padang. Rectangular in shape. P.A.systems are fine. Very clear to hear. :)


Hari keluarga ni bermula dengan sukaneka. Sebelum tu, setiap group diberi nombor dan warna tema. I dalam group 3 warna tema : merah. Go Go Merah! Merah always Hot! Tiba2 terjerit dlm hati dn smile sendiri.


Then, bermulalah sukaneka. First game : Tarik upih..betul ke tah la nama dia ni..hehe Kena wakilkan 6 org per group.


Second game : Isi air dlm botol dn jawab soalan yg ada dlm botol tu.


Third game : Selesaikan puzzle.


Rest.


Kemudian, exlplorace dan sukan rakyat diteruskan pada masa yang sama.


First game : Berjalan guna tempurung,kutip gula2 dn baling ke dlm bekas yg akn disambut pemegang bekas tu.


Second game : Bowling kelapa


Third game : Rasa makanan


Semua game2 ni best. 


Keseluruhannya, kumpulan merah dapat tempat kedua. Rumah oren tempat pertama. Rumah kuning tempat ketiga dan hijau tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tepuklah bahu masing2 dn cakap, "tahniah,good,very good!" ;)


Majlis penutup berjalan lancar dalam dewan. Hujan turun sebaik sahaja semuanya selesai. Alhamdulillah...:)
(berkat doa 'amali, dn juga mungkin semua yg hadir ^_^)


Makan tengah hari best. Sedap...


Family Day macam ni memg dpt mengeratkan silaturrahim among people. You also can do it! Maybe among your big family at hometown or your society..:)

Saturday, January 1, 2011

Daniell dh sekolah! :)

comelnyer dia..dpt hadiah tu..:)


Selamat Menjadi Murid Tahun 1 Muhammad Daniell Rifa'e bin Muktasyaf!!


beznyer belajar!
Kak ucu rindu sgt kt Daniell tau..kakak2 SN yg lain pon kompem nk tgok Daniell melangkah masuk sekolah. Kak ucu teringin nk hantar Daniell masuk ke kelas. Nak tgok tempat duduk Daniell, dgn siapa Daniell berkawan, siapa cikgu2 Daniell, Daniell makan apa kt sekolah..Bez nya klu dpt buat semua ni..Kak ucu akn usahakan untuk jumpa Daniell,Kaasyifah,Ummi dn Abi! :)


Daniell belajar rajin2 tau. Jadi anak yg soleh..Jadi kebanggaan ummi dn abi..Jadi kebanggaan Islam..A~miin..:)




bersungguh2nyer! cayok3! :)


Kak ucu dn kakak2 SN dn AU lain akn mendoakn Daniell agr berjaya dunia dn akhirat..Kak ucu sayang Daniell! :)