Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang diRindui...

Alhamdulillah..Ramadhan yang dirindui tiba lagi dengan penuh rahmat dari Yang Esa..

Alhamdulillah kerana ketibaan Ramadhan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran..lihat sahaja di masjid dan musolla, para muslimin dan muslimat bersatu mendirikan solat  fardhu dan sunat tarawih berjemaah..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bersama Ramadhan tahun ini...belum tentu lagi kita akan menemui Ramadhan pada tahun hadapan..hargailah kedatangannya..

Alhamdulillah...kerana para mujahidin masih dan bertambah semangat untuk terus berjihad di jalan Allah...

Alhamdulillah kerana Ramadhan kali ini ditanamkan azam dan tekad yang utuh dalam diri setiap insan..

Alhamdulillah kerana banyak pendekatan tarbiyyah yang dilakukan untuk sama-sama menguatkan aqidah seorang muslim...

Alhamdulillah atas segala-galanya Ya Allah...

::Sabda Nabi::

"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keimanan, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu."  (Riwayat an-Nasa'ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Ya Allah, engkau telah sampaikan kami pada Ramadhan kali ini..maka Engkau sampaikanlah kami pada Lailatul Qadar-Mu..a~min...

Sunday, August 8, 2010

[-senyum di pagi hari-]

"senyumlah apabila anda bangun dari tidur.."

Banyak kali kita mendengar ayat begini. Terutama daripada pakar motivasi. Senyum pada diri sendiri dapat menaikkan semangat untuk memulakan hari sendiri. Mungkin agak pelik sebaik sahaja bangun dari tidur, kita terus tersenyum sendiri. Ia menjadi pelik mungkin jika kita senyum tanpa sebab dan punca. Sebenarnya, senyum di pagi hari yang dimaksudkan ialah senyuman yang dikuntumkan dengan mengingati sesuatu yang membuatkan kita tersenyum. Senyum tanpa kehadiran rasa di hati mungkin tidak dapat menaikkan semangat. 

Kesimpulannya, pastikan setiap hari yang anda lalui mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang mana apabila anda mengingatinya esok pagi, anda akan tersenyum kerananya. =)

Pastikan jua anda terus bersemangat untuk melalui hari itu dan hari-hari selepasnya. Hadapilah cabaran yang mendatang dengan sabar dan kuat. Bak kata pepatah ini;

"No gains without pains" (Ben Franklin)

Berusahalah untuk mencapai impian kita kerana "Dream become reality when we keep our commitment to them"-Judy Wardell Halliday.

~sekadar perkongsian bersama~

Thursday, August 5, 2010

3 Golongan

Pada akhir zaman,umatku berpecah menjadi 3 golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Tatkala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, 

" Apakah tujuanmu beribadat kepada-Ku?" 

Maka dia menjawab. 

"Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia."

Allah berfirman,

"Tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan." Dia lalu dibawa ke neraka.

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. 

"Dengan kemuliaan dan ketinggian-Ku, apakah tujuanmu beribadat kepada-Ku?" 

Dia menjawab, " Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu,aku beribadat kerana riak."

Allah berfirman, " Tiada satu pun yang sampai kepadaku." Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab,

"Dengan kemuliaan dan ketinggian-Mu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepada-Mu dan mengharap redha-Mu."

Allah berfirman, "Benar hambaku." Dia pun dihantar ke syurga.

(HR. Thabrani)

Berusahalah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.Moga kita semua tergolong dalam golongan yang ketiga, insya-Allah..=)

Tuesday, August 3, 2010

::gerimis::

"gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu di hati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali..."

kematian itu pasti..bila2 masa,di mana2,pasti ia akan berlaku..

hakikat ini ramai yg dah tahu..tp tak ramai yg betul2 bersedia untuk menempuhinya..

alangkah ruginya bagi manusia itu sekiranya dia dijemput dalam keadaan dia amat2 tidak bersedia..

dan belum tentu lagi kita sudah terjamin akn bertemu dgn Ramadhan al-Kareem kali ini..

Ya Allah..pimpinlah kami menuju redha-Mu ya Allah...a~miin...

santai..

terasa nak menulis plak mlm nie..hu
biasanya bila hati nak sesuatu,msti kita akn arahkan anggota badan kita untuk laksanakannya..wajarkah mcm tu sbnarnya? huhu..

hati...hati...hati...

ada apa dgn hati?.. knapa msti hati?.. mcm mana blh jd kat hati?..

sbnarnya hati sgt special...siapa yg tiada hati memg sgt rugi...(boleh ke seseorg tu tak nak hati dia?musykil2..)

nak dengar satu cerita x? mlm nie jom santai sikit..=)

ada satu malam tu..seorang kakak yg penyayang lg baik hati tengah memotong buah..buah tu nak dimakan bersama mak,ayah,dan 2 org adiknya..sedang asyik memotong buah tu,tiba-tiba secara tidak sedar dia terhiris jarinya..apa lagi,darah melimpah keluar menitis dengan banyaknya..maknya bukan main cemas melihat keadaan jari anaknya itu sambil meleteri si kakak ni..hehe..kelakar pun ada kan situasi mcm ni? nak buat mcm mana kn klu hati dah syg..=) sabar je dan amik pengajaran...=)
lps tu kakak nie pun sapu la minyak gamat kt luka di jari dia tadi..bukan main sakit kata si kakak nie..

agak2 knapa ya dia boleh terhiris jari dia masa elok2 tengah potong buah tu? sedangkan dia sangat expert bab2 potong memotong nie......

nk tau jawapannya tak???....

hmm...

sebenarnya..semasa si kakak tengah potong buah tu..hati dia tengah teringat sangat2 kat adiknya yg tersayang yang baru je tiada di rumah kerana pergi melanjutkan pelajaran..dia memotong buah dengan perasaan yang monyok dek terasa kesunyian sebab dia sangat rapat dengan adiknya tu..

apa pndapat anda??

kisah nie baru sebahagian kecil tentang hati...

dahsyat kan kalau hati tu menguasai kita? jadi,jagalah hati anda..=)