Sunday, February 22, 2009

Agak2 nama kucing ni apa ya??


Ni la si PUTIH! ibu mithali kepada HIPUNA..hipuna merupakn satu-satunya ank dy yg slmt membesaq dgn baek dn sihat..alhamdulillah..cuba tgok ekspresi muka dy ni..nmpk garang kn??tp kalau dlm loghat org utara org sebut CENGE..cenge sungguh muka dy,kalah tuan dy..kikiki..tp jgn ingt kucing cenge,tuan dy pun cenge gak tau..tuan dy baek2 ja stkt ni..alhamdulillah..unik kn putih ni??satu bdn dy putih,tba2 ja ad setompok hitam kt hujung tu..nmpk dak?? haa..kt situ lah adik sy selalu jadikan tempat untuk wt putih naik angin!dy tu slalu duk pi tekan kt tompok tu tyme putih duk tgah relax2 mkn angin kt luaq..nakai gak adik sy tu..xlarat gk nk tegoq dy..tp kdg2, sy pn tumpg sekaki kacau ketenteraman putih ni..hehehe..bukan pa,kalau sy kacau dy tu, tyme sy 'geram' tgok dy duk elok ja bersantai kt luaq dgn angin sepoi2 bahasanya..,tmbh2 lg,putih ni memg nmpk comey kalau dy duk tgah relax2 mcm tu!hehe...tp memg x elok wt cm tu kn??so,jgn la kacau pet(s) anda kt umah ye!

mai sini nk pekenai kucing2 kt umah..


Yg duk sblah kanan tu..namenyer HIPUNA.. yg duk sblah kiri tu lak namenyer OGY..eh,mcm OGY&the cocroaches lak..hehe tp ogy saya ni lg comey dr ogy dlm tv tu..btoi dk?? hmm..dorang ni memg kwn baek..dr hipuna kecik lg..ogy ni xpdn dgn gemuknyer,betinanyer,lincah sungguh men ngn hipuna yg jantan ni..tyme ogy bunting pun,ad hati lg dy nk men ngn hipuna!nmpk sgt la yg ogy ni kurang matang..wlupn da bergelaq 'ibu'..nasib bek tuan dy tetap matang..hehe..yg pentg skali, kucing2 saya ni tetap comey..(mcm tuan dy jgk..)sbnaq nya ad lg sekoq..nama dy Putih..putih ni ibu kepada hipuna..putih dy CENGE ckit..adik sy yg no. 4 tu suka kacau dy..syok tau wt kucing marah..kikiki..tp better jgn la wt dorg marah..xbaek..ok,cukup kot tntg depa ni..nnt kalau ad gmbaq terbaru,sy buh lg dlm ni...slmt berkenalan ngn OGY,HIPUNA & PUTIH!

Kejayaan..

Remember..
ALLAH doesn't require you TO BE THE BEST,
HE just wants you TO GIVES UR BEST,
and HE will TAKE CARE of THE REST..

Saturday, February 21, 2009

Salam juang wt sahabat ku!

"kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,
maka payah melaluinya,panjang jalannya,
dan banyak rintangannya..."
[Imam Ghazali]

Ingatlah siapa kita sebenarnya..

Bila da'i tidak menjaga hatinya,
maka rosaklah dirinya,
terfitnahlah Islam kerananya,
dan runtuhlah dakwah di tangannya..
SAHABATKU,
kejayaan dakwah
bukanlah terletak pada kepandaian seorang da'i berkata-kata,
tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya.
maka waspadailah hatimu selalu
agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu..
Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta,
ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya..
aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku
selain seorang sahabat yang rohnya menyatu dengan rohku,
dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya
dan ku utamakan dia untuk menerima persahabatan ku ini..
[as-syahid hassan al-banna]
sahabatku,
sesaat matamu berkedip,
ingatlah ALLAH..
sedetik jantungmu berdegup,
ingatlah ALLAH..
sehalus budimu ditabur,
inngatlah ALLAH..
seikhlas hatimu ditaut,
ingatlah ALLAH...
Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,menegur kesilapan,
memuji kebaikan,menutup keaiban..
tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan,

tatkala bergelap,dialah yang menerangi,
tatkala terkurang,dia lah menambahkan..
beban dipikul bersama,ada waktu diperlukan..
kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,
bertemu dan berpisah LILLAHI...
Di jalanALLAH,persahabatan ini buakn milikku dan bukan jua milikmu,persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia..
kerana DIA lah aku mengenalimu..
dan kerana DIA jua lah yang menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang..moga kekal selamanya..

sesungguhnya aku amat menyayangi sahabat-sahabat perjuangan ku..
D'NAJLAAS, pada mulanya terdiri daripada 16 orang..namun,suatu hari yang hening,kami dipecahkan kerana kelas ini terlalu besar bilangan ahlinya.selepas itu tinggal lah 12 orang jer..kelas tasmi' ini dididik selama 18 bulan di DQ oleh seorang guru yang sangat berdedikasi..iaitu ustazah yang paling kami sayangi dan rindui, USTAZAH NUR SOLIHAH..kehidupan di kelas ini pada mulanya agak biasa..masing-masing buat hal sendiri,kurang perkongsian dari hati ke hati dan tidak memahami antara satu sama lain..namun tiba di suatu pagi yang indah dan damai, kami 1 kelas bersama ustazah tekad untuk melakukan 1 perubahan..kami tekad untuk menganugerahkan gelaran yang comey kepada setiap orang di antara kami seperti gelaran dalam keluarga mengikut besday..akhirnya,sempurnalah task kami..bermula lah panggilan yang comey2 nie..
iaitu..ANGAH,ANDAK,ATEH,ACHIK,ANDAH,ANIQ,
ALANG,ANJE,UDE,UCU,ADEK,&AYANG
..kami hidup seperti sebuah famili yang akrab selepas wujudnya gelaran-gelaran ini..masing-masing da mula memahami satu sama lain,berkongsi masalah dan cuba selesaikan bersama,tertawa dan berduka bersama,makan bersama dan yang paling penting,banyak masa yang kami luangkan bersama walaupun di luar kelas..

kemesraan yang terjalin ini suatu hari diuji ILAHI apabila ADEK mengambil keputusan untuk 'berhijrah' ke luar negara..ANDAK plk nk 'berhijrah' ke pusat pengajian tinggi yang lain setelah sesuatu perkara yang tak disangka-sangka berlaku pada kami semua,terutama skali pada ustazah..sedihnya hati kami ketika itu hanya Allah yang tahu..lalu tinggallah 10 je dlm SYAUKATUN NAJLAH..begitu bnyk yg kmi lalui bersama selama menuntut ilmu di DQ bersama ustazah km yg tersyg..semua itu mngajar km erti ukhwah yg manis,indah,dn mantop..di sini lah jua km belajar bnyk bnda..antaranya: bagaimana nk beradab dgn guru dn sesama sahabat,beradab dgn al-Quran,mcm mana nk conduct jamuan,bekerjasama membantu menyelesaikan masalah2 yang timbul semasa dlm kelas mahupun di luar kelas..segala-galanya bermakna ketika itu..percayalah..sesungguhnya,km smua bersyukur kerana ditakdirkan untuk berada di DQ selama 18n bulan ini..insya-Allah smua ini xmgkin km lupakan..



Ya ALLAH.. hatiku merindui sahabat-sahabat perjuangan,
yang selalu bersama suka dan duka..
eratkan ukhwah kami agar kami sentiasa di jalanMU,
damaikan hati sahabatku,
kerana KAU sebaik-baik PENDAMAI..
uhibbukum fillah..

DARUL QURAN,KUALA KUBU BHARU..

Di sinilah bermula segala-galanya...detik pertemuan yang tidak pernah terlintas di fikiran mahupun di ruangan kalbu..13 januari 2007 merupakan hari kemasukan pelajar baru bagi program persijilan generasi kelapan.. 18 bulan berpijak di bumi yang barakah ini,telah memberi seribu kenangan,pengajaran dan pengertian erti hidup yang sebenar..di sinilah ukhwah kita semua terbina..terutama sekali,ukhwah dalam kalangan D'NAJLAAS..dan juga ukhwah bersama usrati,USRAH MUNAWWARAH..
Teman itu bukan macam papan skate..belum main gilap..dah main pijak..teman itu bukan macam bola sepak,belum dapat kejar..dah dapat tendang..teman itu bukan macam bulu tangkis,belum main pegang,dah main pukul..teman itu diibaratkan macam ragbi..belum dapat rebut,dah dapat lindung,jaga..teman itu macam jari..lukanya sembuh sendiri..hilangnya tiada ganti!..
Sahabatku ude,adakalanya bicara hati tak dapat dizahirkan dengan kata-kata,hanya perasaan bolak-balikkan rasa..tapi acap kali akal tetap waras bertahan agar hati tak terlalu tunduk pada perasaan..namun,hakikatnya perasaan yang menjadikan kita makhluk yang punya rasa kasih sesama hamba,terpenting kasih dan cinta pada KHALIQ yang Maha Kuasa..mudahnya kita berbicara soal ukhwah,tapi hakikatnya sukar sekali menemui'WEHDATUL QALB'..bersangka baik tatkala membenci,memaafkan tatkala disakiti,mengasihi tatkala disisih,mengingati tika dilupai..Ya Allah,jadikan hati yang lembut dan terbuka untuk berubah kepada kebaikan..dan kurniakan sahabat yang mampu tertawa dan menangis bersama..
Kemurahan manusia bukan terletak pada hartanya tapi pada kemurahan hati budinya..kecantikan bukan terletak pada wajah..tapi pada keikhlasan hati yang terpancar pada wajah..hati kita umpama kaca,jangan biar ia retak..akal kita umpama air,jangan biar ia kering..iman kita umpama debu,jangan biar ia hilang.. UKHWAH kita ibarat tali,jangan biarkan ia putus..