Monday, February 28, 2011

coret2 :)





Alhamdulillah...dah lama rasanya tak menyegarkan blog ni..atau lebih tepat lagi, dah lama tak menyerikan blog ini.. :)


Seminggu dua ni rasa mcm bizi je..tapi bila pikir2 balik, sebenarnya aku ni bizi dgn apa? Antaranya outing..program..assignment..masalah2 hidup...paling meletihkan bila diuji dgn masalah hati..huhu...Allah sebenarnya rindukan bicara hati ini, lalu Dia uji hatiku ini...Terima Kasih Ya Allah..Ampunkan hamba Mu ini kerana sering lalai dlm mengingatimu setiap saat..Ya Rasulullah, sesungguhnya aku merinduimu..Andai dikau dekat dgn ku, nescaya aku akn sntiasa berusaha mendampingiNya..


""Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau amat mencintai umatmu, namun, bagaimana cinta umatmu terhadapmu? Adakah semekar dan seutuh cintamu pada km? AllahummaSolli'AlaMuhammad.........."


Hidup ini kalau tak berliku, memang tak sah. Kerana kita akan sentiasa diuji. Semuanya membuatkan kita kembali pada Allah. Supaya kita lagi dekat dgn Dia, lebih bergantung pada Nya..lebih mengharapkan keampunanNya..kan?  :)


Maha Suci Allah yang sentiasa memberi, mengurnia, dan memenuhi setiap keperluan kita..bukan semata2 kemahuan kita..HE always fulfill what we need, not what we want..HE is the ONLY ONE who knows what we need..didn't we were HIS creation?  Let's be the best slave for HIM..even not now, but we must at least try right? :) Because Allah looks at our effort..What will happen after that, will be determined by HIM, since HE knows which is the BEST for us...subhanAllah.. :)


Turn to Allah, He is never far away, put your trust in HIM, raise your hand and pray..Ya Allah, guide my step don't let me go astray, you are the only one that showed me the way.. A~miin..:)

Friday, February 11, 2011

..sekilas..





Word for Today :

1. Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat. :)

2. Tanda kita menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur. :)

3. Untuk mendapatkan bahagia, bongkarlah kekotoran jiwa dari dada, supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam. :)




Sunday, February 6, 2011

marah??

"Ya Allah..Jika hamba tersasar dari berakhlak mulia, tuntunilah hamba. Berilah petunjuk pada hamba. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. A~miin.."

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita tidak menjaga adab sopan yang dituntut dalam Islam. Perkara sebegini kerap kali berlaku ketika berada dalam keadaan marah, bengang, tak puas hati dan sebagainya. Manusia berinteraksi secara langsung dan berkesan sesama manusia. Masing2 punya mulut sendiri, mata sendiri, telinga dan  hati sendiri. Semuanya befungsi dengan baik,Alhamdulillah. Cuma kadang2 kita terlepas pandang untuk memelihara dan mengawal mereka dengan baik serta mengikut syariat-Nya. Astaghfirullahal'azim..

Biasanya,bila marah, pasti emosi x terkawal. Hati panas membakar seluruh sanubari. Muka merah menyala. Diri menjadi tidak tenang. Ke hulu ke hilir berjalan sambil memarahi orang berkenaan. Mulut lancang berbicara tanpa memikirkan apa yang diucapkan. Syaitan laknatullah pada ketika itu, pasti bergembira dengan kejayaannya menghasut dan mengapi-apikan kemarahan di hati. Pada saat itu, pesan semestinya Nabi dilupakan.

Marah..Satu emosi yang tidak patut dikuasai jika tidak kena pada tempat dan masanya,dan yang paling penting,pada siapa dilemparkan rasa marah itu. Kesedaran diri bila marah sukar sangat untuk dicapai. Maka, banyakkanlah istighfar dan memohon petunjuk dan rahmat Allah bila rasa nak marah. Nilai balik diri sendiri. Teguran tidak semestinya melalui kemarahan. Kemarahan yang tak tentu hala hanya menambah kekusutan dan ketidakharmonian dalam kehidupan. Maka elakkanlah marah yang sebegini. Begitu juga apabila berlaku perselisihan pendapat. Kawal diri, minda dan hati.

"Ya Allah, jauhkanlah hamba dari sifat2 mazmumah dan tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku,A~miin.."

p/s : sekadar luahan pandangan dan rasa di hati~

Saturday, February 5, 2011

" KENDURI "



Lepas akad nikah semalam, tengah hari ni sampai ptg pulak, kenduri lh kn..?? Semua tgh busy, termasuklah 'Raja Sehari' pun..mcm2 ragam saudara-mara ni..dgn makanannya,make-up nya,bajunya..bla..bla..bla...dapat rasa kemeriahan kenduri tu walau duk jauh pun...semuanya tgh melawa-lawa dgn pakaian masig2..ada yg sakit kaki pun usaha jugak nk ke kenduri nih..aduihh..maybe ada yg kena marah,ada yg tak puas hati sesama saudara/jiran,dn bla..bla..bla..=)


Di sebalik happiness, ada terrible sadness..masing2 diri org lh kn..hati xsama..ada yg nk menunjuk,ada yg menyuruh,ada yg ter'lebih' emosi,ada yg tak blh 'jaga' mulut sndiri, aduh,..,gi mana sih?
Itu lah kehidupan duniawi..pelbagai ragam manusia di dunia ni..Subhanallah,Allahuakbar,Masya-Allah..hebatnya ciptaan Allah yg Maha Esa...SubhanAllah...


Yang buruk tu, kita betulkan..kalau yg baik tu kita contohinya..Manusia ni kadang2 tak sedar akan kekurangan dirinya. Mereka rasa mereka yang terbaik. Tapi Allah itu satu. DIA akan tunjukkan jika kita buat salah atau tak jujur. Allah maha mengetahui baik dalam mahupun luar. Kita saja jgn lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mendengar bisikan hati.


Astaghfirullahal'azim...


Yang penting ikhlas...=)















Friday, February 4, 2011

first akad nikah



04/02/2011


Sepupuku bakal bergelar seorang isteri kepada bakal suaminya. Orang Johor. Perlis-Johor,jauhnya...=) Malam ni lepas isyak,insya-Allah akad nikah dilangsungkan di Masjid Santan. Dekat je dengan rumah sy. Dialah sepupu pertama yg kahwin. Rasa excited je. =)


Moga mereka kekal bahagia selama-lamanya. 


Perkahwinan dan kematian satu perkara yang besar. Dua2 ni perlu dihebahkan. Moga setiap perkara yg berlaku dipermudahkan Allah..Allahumma a~miin..


Tuesday, February 1, 2011

02.02.85

02 Februari 1985..  

Nak tau tak ada apa dengan tarikh ni?

Tarikh ni ada kaitan ngn satu2nya abang sy..

Hari Lahir dia lah...=)

Selamat Hari Lahir abang..Moga dirimu disayangi Allah sentiasa..

Nak hadiah x? hehe...

Hadiah tu insya-Allah..=)