Monday, December 12, 2011

ignore vs??

Ignore VS Acknowledge


When someone close ignore us, we feel sad. May be very sad. But,don't we ever think that ALLAH's ignorance is the saddest and the worse one? Why we bother so much about being ignored by our friend, right?? 


Does he/she will guarantee that we definitely go to jannah?? 


Does he/she that will help us, be with us at anytime and everywhere when we are alone or need help?? 


Please realize quickly. It is all from our Khaliq, ALLAH S.W.T. MasyaAllah, SubhanAllah, Allah itu Maha Hebat lagi Maha Agung. Tiada siapa boleh tandingi kekuasaanNya..Maha Suci Allah..


Our life will become so painful, sad, could not reach calmness, could not have inner peace in mind and soul, and feel like there's always something goes wrong if Allah ignore us. If we had these symptom, pleasa awake and ask for HIS forgiveness. Maybe our heart is full with black spot whereby each black spot represents a sin we done. Astaghfirullahal'azim..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menempuh ranjau hidup yang pernuh dengan liku ini ya Allah..Jadika aku ya Allah sebagai seorang hambaMU yang soleh, diberkati dan dirahmati kehidupannya di dunia dan di akhirat.  Yang paling utama ialah bertemu denganMu ya Allah dalam keadaan Engkau redha padaku dan aku jauh dari golongan2 yang Engkau murkai dan golongan2 yang sesat. A~miinn....

Monday, October 24, 2011

tibe2 je...

Dengan nama Allah yan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

29hb Oktober 2011 adalah satu tarikh bersejarah pada sahabatku Nur Izwani @ Anje Syaukatun Najlah kerana pada hari itu lag beliau akan selamat menjadi raja sehari. Then, dalam hati memang ada plan nak pergi. Ya, tak dinafikan, bila kita merancang untuk lakukan sesuatu, pasti ada sesuatu yang lain datang melekat satu-satu kat minda nie. Mulalah kita tergoyah dengan plan asal tadi. Susahnya bila tak tahu nak buat keputusan. Satu perkara relate dengan diri dengan naqibah. Satu perkara lagi relate diri dengan guru. SubhanAllah..fenin2..Bantunilah hamba Ya Allah..Berikan daku petunjukMu..agar aku bisa memilih yang terbaik seperti mana Engkau yang sentiasa memberikanku yang Terbaik di setiap saat hidupku..

Sunday, September 4, 2011

Hari Raya nie...

Sedar2 dah hari raya ke-6 dah hari ni. Selamat Hari Raya ya! =)


Hari ni umi masak laksa mamb0..hehe..Sedap..Ya lah, masakan ibu mana yang tak sedap kn?? Our mom is the BEST!! I love u MOM!


Kebetulan hari ni jugak HARI LAHIR KAKANDA tersayang!! 04 SEPTEMBER 1986..Kakak ditakdirkan untuk dilahirkan di rumah sendiri. Memang rumah ni kampong kakak betui lah!hehe..


Kakak solo lagi. Available lg.. hehe..Cuma masih menunggu saat jejaka pilihan Allah untuk melamarnya..=) Bila la agaknya kami 5 beradik ni nak berasa punya abang ipar ye? Umi pun dah tak sabar2 nak bermenantu dan bercucu! ^_^ Siapa gerangan jejaka itu hanya Allah yang tahu..InsyaAllah,moga yang soleh untuk kakak..A~miin...=)


Rancang nak wat besday parti,tp xtau lg jadi ke tak. Kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Esok kakak dengan abang dah nak balik. Cuti raya dah habis. huhu..Memang sedih la.. Lama duk sekali. (lama la sangat, 2 minggu je pun..huhu) Tapi yang kata adik beradik ni macam tu lah. Sayang tu sentiasa terikat kuat dan rapat. Alhamduillah,semuanya kerana rahmat Allah.. =)



Wednesday, August 24, 2011

Beribu sesalan

Beribu Sesalan..Pernah dengar lagu ni? Nyanyian Jaclyn, Ning dan Shila. Lagu ni kompem bukan lagu nasyid. Tapi bila dengar lagu ni, rasa satu macam.. Sedih je datang. Tapi sedih tu bukan selari dengan lirik lagu ni. Sedih tu dari sumber lain. Kalau berpisah diiringi lagu ni mesti sedih bangat. Walaupun tiada kaitan dengan liriknya.

 Irama dia sedap. Syahdu je. Pelik pulak bila masuk dengan lagu ni. 



Bukan nak promote lagu ni ye. Cuma nak kongsi perasaan yang dirasai je..



Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan menjelma lagi! =)

Hari ni dh 10 Ramadhan 1432H. Bermakna dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. =)
Tarawih mcm mana? Ada ter-miss tak? Bagusnya klu x miss. Teruskan smpai akhir Ramadhan. Klu ter-miss, berazamlah utk tidak ter-miss lg pada Ramadhan tahun depan. Kan?? Man jadda wa jadda! ^^


Bahagia bila semua org mengalu-alukan kedatangan Ramadhan kali ini. Rasa bersemangant nk beribadah kepadaNya. Nasyid2 tentang Ramadhan pun syahdu kedengaran. Memori2 indah di bulan Ramadhan pun mula berlabuh di minda. =)


Ummi selalu berpesan. Banyakkan berdoa di bulan Ramadhan ni. Terutamanya doa agar Allah panjangkan umur kita agar kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan. A~miin insayAllah..=)


Ramadhan Kareem semua! Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan ke arah yg lebih baik dn dekat denganNya. Moga kita sama2 dapat bersihkan diri kita daripada dosa2 yg kita lakukan selama ini. Allahumma maghfirlana zunubana..A~miin..=)

Wednesday, June 29, 2011

2ND Date!

Alhamdulillah..


Hari ni sekali lagi satu jamuan berjaya diadakan. Best tau buat jamuan ni. Kalau kita Penganjurnya, lagi banyak pahala.Yang datang makan pun tak lupa juga nak share makanan diorang. =) 


Sebenarnya, hati kita main peranan yang banyak untuk kita melakukan sesuatu amalan. Hati yang suci akan sentiasa dipelihara Allah dan dibimbingNya untuk sentiasa berbuat kebaikan. Contoh, bila kita tahu bahawa ada kawan kita nak buat kenduri/jamuan amal (contoh: jamu budak2 sekolah atau anak2 yatim), kita pun boleh tumpang buat kenduri walaupun kita tak terlibat dengan kenduri/jamuan tu. Caranya, kita sumbangkan something untuk majlis tu tanpa diorang tahu. Tak kisah nak sumbang apa pun, duit ke, makanan ke, minuman ke..Janji ada sesuatu yang kita sumbangkan. Dalam erti kata lain, 'sponsor'. Bak kata satu pepatah ni, Tangan kanan memberi tanpa tangan kiri tahu.


Seronoknya kalau kita tahu macam2 cara nak banyakkan pahala. Zaman sekarang banyak yang nak banyakkan duit ja. Tak salah banyakkan duit. Janji mulakan dengan niat yang baik. Ingat Allah semasa bertungkus-lumus mencari rezeki. Lagi kita infakkan harta kita ke jalan Allah, lagi Allah tambahkan harta kita. Allah itu Maha Kaya. Kalau Dia tak tambah dari segi harta, cuba perhatikan perkara lain dalam hidup kita. Misalnya, dikurniakan kejayaan yang cemerlang untuk anak2, dijadikanNya anak2 yang soleh, dipermudahkan segala urusan kerja kita dan sebagainya. Semuanya itu hasil berkatnya hidup kita. Tanpa keberkatan dalam hidup, segalanya akan jadi serba tak cukup. Kalau hidup kita berkat, Rm0.20 pun boleh jadi Rm 20.00. Percaya tak? =)


**Dalam hidup ini, kita kena banyak memerhati dan berfikir dengan hati yang tulus. Barulah kita akan nampak betapa Allah itu merahmati dan melindungi kita, SubhanAllah. Betapa Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.** 

Friday, June 24, 2011

Ahlan wa Sahlan R.S.R...=)


Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..


Pejam celik, pejam celik, sekarang dah bulan Rejab. Salah satu bulan yang mulia. 8 hari lagi bulan Sya'ban pulak menyusul. Jangan lupa baca doa untuk bulan Rejab,Sya'ban dan Ramadhan tu ye. Qiammullail sama-sama kita perbanyakkan. Ditambah dengan puasa sunat lagi hebat, subhanAllah..=)




27 Rejab hari Rabu minggu depan. Kenapa di'highlight' tarikh ni?? Jawapannya semua orang tahu dn sedia maklum. Alhamdulillah..=)


Begitu tinggi pengorbanan Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa nekad Baginda, mungkin hari ini kita terpaksa bertungkus-lumus untuk megerjakan 50 kali solat. SubhanAllah, Allah yang Maha Pengasih lagi Pengasihani memperkenankan setiap rayuan Baginda sehingga tinggal 5 kali solat sahaja untuk sehari semalam. Allahummasolli 'ala Muhammad..


Moga Rasulullah sentiasa HIDUP dalam hati kita..A~miin...


Ramadhan Kareem =)


















Sunday, May 15, 2011

something about memory

Kini.. 
Perpisahan yang terjadi
Ku rela undur diri kerana-Nya..
Ku doakan kau bahagia dunia dan akhirat
Patrikanlah kenangan kita dahulu..

Tuesday, May 3, 2011

D-Sendiri

Kadang2 x faham dgn diri sendiri. Why??


Usaha demi usaha dilakukan, tapi x jumpa jawapan. Why??


Mungkin bukan sekarang masanya.


Mungkin klu dapat terus jawapan, diri sendiri x boleh boleh nk terima. Mungkin.


Allah knows the best. 


Don't despair and never lose hope.


Cause Allah is always by my side. 


Alhamdulillah..=)

Tuesday, April 5, 2011

FreedoM :)

"Freedom"

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you..
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you..
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
...This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no

We're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you're here with us 

Wednesday, March 23, 2011

hepi 12!

Eh, dah 12 tahun rupanya adik I! Cepatnya masa berlalu @ umur meningkat...

 My Adik's Profile 

Nama : Hidayatul Naajiyah Binti Zulkifli
Umur : kan dah cakap kt atas tu~~ 12 tahun daaa...
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Paya, Perlis
Target UPSR : 5 A+ Insya-Allah...=)

Makanan faveret : Nasi + ayam @ ikan + bayam..ada lagi sebenarnya, tp tak larat nk tulih..hehe
Minuman feveret : Milo @ Vico + Air masak + Solivite..

Kelebihan jiwa : baik hati, lembut hati, sensitif sikit, penyayang
Kelebihan jasad : ringan tulang, suka memasak, suka belajaq = pi sekolah = pi tusyen = pi kawat..haha
 
Nak cakap ke kelemahan?? tak yah kot..cari sendiri dn cuba baiki..klu agak2 tak tau, habaq siap2 dlm tepon..hehe ;D

Apa lagi nk tau??

OK lah, tak mau cakap byk2 kt cni..x bez..hehe..nnti kita jumpa nah naajiyah..jgn lupa sedia hadiah siap2 untuk cik diana ni. penat tgn duk taip tulih ni..hehe..

Jaga diri baik2 naajiyah..belajaq rajin2..rajin2 tolong umi,abh, kt umah..k.cik pun sama tau..klu malas, balik nnti tggu saja 'hadiah' dari gue... ~~

Last..

Nyanyi lagu smbil potong kek!

Allah selamatkan naajiyah, Allah selamatkan naajiyah, Allah selamatkan naajiyah sayang, Allah selamatkan kita semua...^_^

 Nah, 2 kek siap untuk dimakan di alam maya... =)




agak2 naajiyah paling suka yang mana ya??? klu ada harga, mesti pilih yg paling mahal kn??haha..tp nk wat cana, semua kek ni free ja..pemurah kn kakak naajiyah ni?? sayangilah kakak anda banyak2...haha


Selamat Hari Lahir Naajiyah..Selamat menempuh hidupmu bagi tahun yg ke-12... :)










Monday, March 21, 2011

hujan

 
Hari ni hujan + guruh..tapi tak nampak pulak kilat..takot jgk time2 cmni..hehe
Mcm2 gak dengar skrg..hujan effect dr radioaktif dr jepun..:)
xpe2, yg penting usaha menjaga diri agar tak jatuh sakit...:)


Take care everyone!!! :)

Tuesday, March 8, 2011

Today n Breakfast =)

Alhamdulillah..=)


Semalam, tertidur di surau. Sebelum tu asalnya nk turun awal ke surau, tapi tertidur dulu kt bilik yg ada katil yg empuk. Daripada nk tidur sejam, jadi 4 jam pulak tidurnya. Tak pulak mimpi apa-apa. Hehe..Terjaga pukul 12 midnite pun sbb dapat 1 call yg pelik. Call tu dari seorg sahabat yg lama dh x tak k0l.hehe..Masa nk jawab tu, siap berdehem2 dulu. Biasalah baru bangun tidur, memg suara sush sikit nk keluar. Lepas banyak minit, letak la tepon tu. Bersemangat jadinya. Terus siap2 turun surau kat bawah walaupun dh lewat tgh mlm. Tekadnya nk turun tu sbb keja x siap lagi..haha


Esoknya(pagi hari ni), bukak mata sekali lg." Oh,rupanya tertidur kt sini. Bila masa pulak aku tidur? Tak sedar lgsung.hu.." Bangun je, terus kemas2 dn naik bilik.


Naik bilik, sambung lagi kerja. Tapi mesti la siapkan diri dulu. Selesai bersih dn kemaskan diri, baru selesa nk buat apa pun. Siapkan breakfast dn iron baju. Pagi2 baru nk iron baju. Nasib baik x jam. Kalau kena Q utk iron baju, alamatnya......hehe


Cakap pasal breakfast, teringat pasal pentingnya breakfast. Ramai org x sempat amik breakfast. Kdg2 ada yg saja skip breakfast. Sebenarnya breakfast sgt penting. Bila kita breakfast, badan kita akan ada tenaga uttk buat kerja. Makanan yg dimakan tu akn jadi penggerak metabolism badan utk produced energy effectively. Boleh lose weight klu amik breakfast. Dan boleh elakkan gastrik. Perasan x, kita sebenarnya berpuasa selama mana kita tidur pada waktu malam sampai pagi. Jadi. sarapan pagi tu sebagai bukak puasa kita lepas tidur. Dlm Islam pun, bersahur tu amat2 digalakkan. Sebab konsepnya sama dgn fungsi bersarapan di waktu pagi. Lepas tu, ada jugak terbaca dlm satu web ni. Dia kata elok bersarapan dalam sejam selepas bangun tidur. Kalau saya salah, tolong betulkan ye. :)


Jadi, jom lepas ni kita amalkan pengambilan sarapan pagi. Supaya kita dapat jadi muslim,mukmin yg qawiy..:)


p/s: sarapan tu ikut jugak aktiviti seharian yg kita nk lakukan. klu berat kerja kita, amik mknn berat sikit. Klu kerja ringan, segelas susu low fat ngn 2 keping roti pun dh cukup..:) 

Thursday, March 3, 2011

answering tagged questions! ;)

thanks to afeefah sbb tagged akk..:) maaf lmbat jawab soklan ni...hehe..bukan ape, malas nk copy paste soklan2 tu..suke jawab secara lisan je..hehe


1. Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu tuu.


> alamak, x tau la moyang nama apa..huhu..feefa,akk terasa ngn soklan ni...x kan tak tau nama penuh akk? at least smpai kt nama ayh akk je...;) dn akk yakin, dlm byk2 kwn feefa dr tadika smpai skrg, akk la satu2nya kawan feefa yg bernama Hidayatul Hafidzah Binti Zulkifli kn? ;)


2. Kamu suka warna pink tak?


> pink?? klu pink tu cantik, suke lh...


3. Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni apa kamu nak cakap dengan dia?


> lain kali jgn tag tau..tp bg soklan dlm bentuk hardcopy...hahahaha..thanx feefa...:)


4. Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?


> x bez nya soklan ni...ada ke patut bandingkn kecomelan i ngn maher zain???hehe


5. Mana lagi sedap, kek atau aiskrim ?


> alamak...susahnya soklan ni...dua2 sedap! dua2 bez! dua2 x baik untuk kesihatan klu diambil secara berlebihan...hihi


6. Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? ( Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)


> ???????????? ingat tarikh lahir kwn pun hebat ke?? skrg ni mcm2 cara nk tau befday kwn skalipun dia x ingt..huhu.. back to the question. hmm..klu nk buat pengakuan kt sni, takot riak pulak..x nak la....hihi..


7. Ain Maisarah, siapakah dia ?


> siapa ain maisarah? yg akk tau, klu dia manusia, itu nama bg seorg perempuan....~


8. Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah sampai perenggan pun.
'
> sejarahnya bermula begini..Pada suatu hari, ada org tnya. Ada BLOG x? "Blog? Ape tu?" disebabkn x tau blog tu mende apa, jd buat la satu..haha..mcm tu je ceritanya...;p


9. Apabila hari jadi kamu, kamu nak saya ( pemberi taggie ini ) beri apa kat kamu?Gift with a bow


> boleh cakap ea nk ape? hmm..nk...nk...nk...ntah! hehe..nk afeefah sayang akk je...hehe


10. Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ya!


> ape wajib2 ni? sesedap oren je nk wajibkn org..x nak2! hihi..


akk xnk tagged org sbb takot dia jd malas nk jawab mcm akk ni...tepulang je pada sape2 yg nk jwb..jawab dlm hati je biasanya...:)


THANX AFEEFAH!!! sayang kamu! ^_^

Tuesday, March 1, 2011

::a man::



Kadang2 kita tak tahu apa kehendak manusia itu sebenarnya dgn melihat zahir dirinya sahaja. 


Jika diteroka lebih dalam, kita akan dapati dia mahukan sesuatu yang luar biasa. 

Sesuatu yang mungkin kita tak pernah terfikir. 

Itulah manusia. 

Unik kan? 

Memang unik sehingga kehendak2 dn kemahuan2 ini mampu menjadikan manusia baik dn juga buruk. 

Moga kita bijak untuk menguruskan hati masing2. Nafsu yg beraja di hati sgt perlu diberi terapi setiap masa.

Biar iman dan akal yang menguasainya. 

Moga kita lebih bernafsu ke arah melakukan kebaikan.
Bukan ke arah melakukan kemungkaran. 

Moga Allah sentiasa memelihara dan memberi petunjuk dan menghidupkan kita dengan rahmat-Nya..a~miin..:)

::a man::



Kadang2 kita tak tahu apa kehendak manusia itu sebenarnya dgn melihat zahir dirinya sahaja. 

Jika diteroka lebih dalam, kita akan dapati dia mahukan sesuatu yang luar biasa. 

Sesuatu yang mungkin kita tak pernah terfikir. 

Itulah manusia. 

Unik kan? 

Memang unik sehingga kehendak2 dn kemahuan2 ini mampu menjadikan manusia baik dn juga buruk. 

Moga kita bijak untuk menguruskan hati masing2. Nafsu yg beraja di hati sgt perlu diberi terapi setiap masa.

Biar iman dan akal yang menguasainya. 

Moga kita lebih bernafsu ke arah melakukan kebaikan.
 
Bukan ke arah melakukan kemungkaran. 

Moga Allah sentiasa memelihara dan memberi petunjuk dan menghidupkan kita dengan rahmat-Nya..a~miin..:)

::menghadapi ujian::



**Jika diuji dengan :**

 > Ujian kebendaan, hadapi dengan usaha, doa dan tawakal <

> Ujian iman hadapi dengan agama dan keyakinan yang teguh <

> Ujian perasaan hadapilah dengan minda yang terpantau dan cemerlang <

Monday, February 28, 2011

coret2 :)





Alhamdulillah...dah lama rasanya tak menyegarkan blog ni..atau lebih tepat lagi, dah lama tak menyerikan blog ini.. :)


Seminggu dua ni rasa mcm bizi je..tapi bila pikir2 balik, sebenarnya aku ni bizi dgn apa? Antaranya outing..program..assignment..masalah2 hidup...paling meletihkan bila diuji dgn masalah hati..huhu...Allah sebenarnya rindukan bicara hati ini, lalu Dia uji hatiku ini...Terima Kasih Ya Allah..Ampunkan hamba Mu ini kerana sering lalai dlm mengingatimu setiap saat..Ya Rasulullah, sesungguhnya aku merinduimu..Andai dikau dekat dgn ku, nescaya aku akn sntiasa berusaha mendampingiNya..


""Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau amat mencintai umatmu, namun, bagaimana cinta umatmu terhadapmu? Adakah semekar dan seutuh cintamu pada km? AllahummaSolli'AlaMuhammad.........."


Hidup ini kalau tak berliku, memang tak sah. Kerana kita akan sentiasa diuji. Semuanya membuatkan kita kembali pada Allah. Supaya kita lagi dekat dgn Dia, lebih bergantung pada Nya..lebih mengharapkan keampunanNya..kan?  :)


Maha Suci Allah yang sentiasa memberi, mengurnia, dan memenuhi setiap keperluan kita..bukan semata2 kemahuan kita..HE always fulfill what we need, not what we want..HE is the ONLY ONE who knows what we need..didn't we were HIS creation?  Let's be the best slave for HIM..even not now, but we must at least try right? :) Because Allah looks at our effort..What will happen after that, will be determined by HIM, since HE knows which is the BEST for us...subhanAllah.. :)


Turn to Allah, He is never far away, put your trust in HIM, raise your hand and pray..Ya Allah, guide my step don't let me go astray, you are the only one that showed me the way.. A~miin..:)

Friday, February 11, 2011

..sekilas..





Word for Today :

1. Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat. :)

2. Tanda kita menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur. :)

3. Untuk mendapatkan bahagia, bongkarlah kekotoran jiwa dari dada, supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam. :)




Sunday, February 6, 2011

marah??

"Ya Allah..Jika hamba tersasar dari berakhlak mulia, tuntunilah hamba. Berilah petunjuk pada hamba. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. A~miin.."

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita tidak menjaga adab sopan yang dituntut dalam Islam. Perkara sebegini kerap kali berlaku ketika berada dalam keadaan marah, bengang, tak puas hati dan sebagainya. Manusia berinteraksi secara langsung dan berkesan sesama manusia. Masing2 punya mulut sendiri, mata sendiri, telinga dan  hati sendiri. Semuanya befungsi dengan baik,Alhamdulillah. Cuma kadang2 kita terlepas pandang untuk memelihara dan mengawal mereka dengan baik serta mengikut syariat-Nya. Astaghfirullahal'azim..

Biasanya,bila marah, pasti emosi x terkawal. Hati panas membakar seluruh sanubari. Muka merah menyala. Diri menjadi tidak tenang. Ke hulu ke hilir berjalan sambil memarahi orang berkenaan. Mulut lancang berbicara tanpa memikirkan apa yang diucapkan. Syaitan laknatullah pada ketika itu, pasti bergembira dengan kejayaannya menghasut dan mengapi-apikan kemarahan di hati. Pada saat itu, pesan semestinya Nabi dilupakan.

Marah..Satu emosi yang tidak patut dikuasai jika tidak kena pada tempat dan masanya,dan yang paling penting,pada siapa dilemparkan rasa marah itu. Kesedaran diri bila marah sukar sangat untuk dicapai. Maka, banyakkanlah istighfar dan memohon petunjuk dan rahmat Allah bila rasa nak marah. Nilai balik diri sendiri. Teguran tidak semestinya melalui kemarahan. Kemarahan yang tak tentu hala hanya menambah kekusutan dan ketidakharmonian dalam kehidupan. Maka elakkanlah marah yang sebegini. Begitu juga apabila berlaku perselisihan pendapat. Kawal diri, minda dan hati.

"Ya Allah, jauhkanlah hamba dari sifat2 mazmumah dan tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku,A~miin.."

p/s : sekadar luahan pandangan dan rasa di hati~

Saturday, February 5, 2011

" KENDURI "



Lepas akad nikah semalam, tengah hari ni sampai ptg pulak, kenduri lh kn..?? Semua tgh busy, termasuklah 'Raja Sehari' pun..mcm2 ragam saudara-mara ni..dgn makanannya,make-up nya,bajunya..bla..bla..bla...dapat rasa kemeriahan kenduri tu walau duk jauh pun...semuanya tgh melawa-lawa dgn pakaian masig2..ada yg sakit kaki pun usaha jugak nk ke kenduri nih..aduihh..maybe ada yg kena marah,ada yg tak puas hati sesama saudara/jiran,dn bla..bla..bla..=)


Di sebalik happiness, ada terrible sadness..masing2 diri org lh kn..hati xsama..ada yg nk menunjuk,ada yg menyuruh,ada yg ter'lebih' emosi,ada yg tak blh 'jaga' mulut sndiri, aduh,..,gi mana sih?
Itu lah kehidupan duniawi..pelbagai ragam manusia di dunia ni..Subhanallah,Allahuakbar,Masya-Allah..hebatnya ciptaan Allah yg Maha Esa...SubhanAllah...


Yang buruk tu, kita betulkan..kalau yg baik tu kita contohinya..Manusia ni kadang2 tak sedar akan kekurangan dirinya. Mereka rasa mereka yang terbaik. Tapi Allah itu satu. DIA akan tunjukkan jika kita buat salah atau tak jujur. Allah maha mengetahui baik dalam mahupun luar. Kita saja jgn lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mendengar bisikan hati.


Astaghfirullahal'azim...


Yang penting ikhlas...=)















Friday, February 4, 2011

first akad nikah



04/02/2011


Sepupuku bakal bergelar seorang isteri kepada bakal suaminya. Orang Johor. Perlis-Johor,jauhnya...=) Malam ni lepas isyak,insya-Allah akad nikah dilangsungkan di Masjid Santan. Dekat je dengan rumah sy. Dialah sepupu pertama yg kahwin. Rasa excited je. =)


Moga mereka kekal bahagia selama-lamanya. 


Perkahwinan dan kematian satu perkara yang besar. Dua2 ni perlu dihebahkan. Moga setiap perkara yg berlaku dipermudahkan Allah..Allahumma a~miin..


Tuesday, February 1, 2011

02.02.85

02 Februari 1985..  

Nak tau tak ada apa dengan tarikh ni?

Tarikh ni ada kaitan ngn satu2nya abang sy..

Hari Lahir dia lah...=)

Selamat Hari Lahir abang..Moga dirimu disayangi Allah sentiasa..

Nak hadiah x? hehe...

Hadiah tu insya-Allah..=)

Saturday, January 29, 2011


Di sini...
Angin cemburu kuat...
Hujan bermain tarik tali...
Lalu...
Baju yang disidai..
Tak kering2...

Di sini...
Orang sudah tidak kelihatan...
Suara tidak lagi memecah kesunyian...
Bagaimana dengan penghuni tetap mahallah nanti???

Di sini...
Bilik dibaiki...
Menetap sementara di satu sudut...
Tanpa compartment...
Bersatu dua jiwa...
Berkongsi kehidupan...
Bahagia...

Di sini...
segalanya akan ditinggalkan...
Kenangan bersama....
Kehidupan sementara....
Akhirnya...

May Allah blessed all of us..a~miin...:)




Monday, January 24, 2011

feeling hurt??

sometimes our heart had been torn apart..and it is really2 hurt...
sakit kan bila hati sakit?? bukan 'sakit hati' ye...
tp itulah ujian buat hati kita. mungkin dah lama hati ini tidak terluka..sekali-skala x salah kan untuk berasa sakit? pasti ada hikmah yg besar selepas itu..cuma sepanjang tempoh sakit tu nk hilang je rasa terseksa..pedihnya di dada sampai rasa nk tekan2 dada kita..rasa nk menangis sangat2..hilang semangat..rasa nk tidur je...

Tapi.....

pernah x kita terfikir untuk memujuk hati kita dengan membaca al-Quran..mentadabbur kalam Allah yg Maha Agung? biasanya, kita biasanya mencari hiburan dunia untuk menghillangkan rasa sedih mahupun stress...so, jom kita try bersama selepas ni untuk memikirkan Quran first before fikir hal2 duniawi yg lain..or maybe kita solat sunat dulu,then baru baca Quran..or..kita baca Quran, lepas tu kita gi jalan2 kat luar,amik angin, tgok alam ciptaan Tuhan...sedapnya...:)