Saturday, April 25, 2009

DOA uNTUk kEkAsiH HaTi...:)

Wahai Allah Yang Maha Pemurah,
terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya. Terima kasih untuk saat2 indah yang boleh kami nikmati bersama. Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama. Terima kasih untuk saat2 yang lalu. Saya datang bersujud di hadapan-MU, sucikan hati saya Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup saya. Ya Allah, jika saya bukan dari tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan usirlah dia dari relung hati saya. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-MU yang tulus dan murni. Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat. Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya Ya Allah, tolong satukan hati kami. Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan. Yakinkanlah dia bahawa saya sungguh2 mencintai dan rela berkongsi suka dan duka saya dengan dia. Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini. Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-MU. Allah Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat saya. Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya. Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup makin dekat pada-MU, untuk lebih peka terhadap suara-MU yang membimbing saya menuju cahaya-Mu. Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadilah kehendak-MU dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap pemberian dalam hidup saya, amiin...:)

Friday, April 24, 2009

Saidina Umar al-Khatab R.A. berkata:

Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina..
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti akan menyertainya..
Sesiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya akan terjaga..

CiNtAi ILAHI..

Seorang pekebun menanam sejenis pokok bunga di dalam pasu yang cantik. Setiap hari dia akan menyiram pokok bunga tersebut agar ia tumbuh dengan baik.Dibajai pokok bunga itu dengan baja yang terbaik supaya pokok tersebut dapat mengeluarkan bunga yang banyak dan bau harum. Pekebun itu memperuntukkan dua jam dalam sehari untuk membelai pokok bunga itu. Jika terdapat serangga perosak cuba merosakkan pokoknya, segera dia merawat pokoknya itu dan membeli racun serangga. Saban hari, dia cuma memikirkan pokok bunganya dan tertanya-tanya bagaimanakah rupa bunga yang akan dihasilkan.

Suatu hari,impian pekebun itu akhirnya terkabul jua. Pokok bunga itu menghasilkan sekuntum bunga yang amat cantik. Bunganya mempunyai 3 warna dan baunya amat harum mengasyikkan barangsiapa yang menciumnya.

Hari-hari yang berlalu, membawa keceriaan buat si pekebun melihat bunganya yang kembang semerbak.

Tetapi, semakin hari bunga tersebut semakin layu dan layu. Melihat keadaan itu, si pekebun dirundung kerisauan yang amat. Dicubanya sedaya upaya agar bunga itu kekal segar dan harum.

Namun, bunga itu layu jua menjadi coklat kehitaman dan mengeluarkan bau yang busuk. Akhirnya, si pekebun terpaksa membuang bunga itu dengan perasaan yang berbaur. Kemudian si pekebun menanam pokok yang baru bagi menggantikan pokok yang baru..

SO, APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DARI CERITA INI ???

Itulah erti cinta insani seumpama pokok bunga yang ditanam oleh si pekebun itu. Apabila cinta itu disirami perasaan, dibajai dengan sms, dijaga dengan rapi; akhirnya bunga cinta pun bersemi. Membuahkan perasaan yang tidak keruan, kerinduan yang berpanjangan, kelalaian yang merugikan. Perasaan yang mengasyikkan.
Namun disebaliknya, ia memburukkan hati pemiliknya. Menjauhkannya dari dunia nyata dan yang lebih teruk lagi terhakisnya cinta pada Yang Esa.

Cinta insani yang disangka cinta abadi akhirnya terkulai jua kerana tidak dilandasi cinta kepada Ilahi. Yang tinggal hanya perasaan hampa, sedih, sakit, dan pahit bagaikan hempedu.

Cinta pada Ilahi jualah yang kekal abadi selamanya. Biar apa pun yang melanda, tetap Allah jua yang bermukim di hati. Cinta pada-Nya hanya kebahagiaan yang dirasai kerana cinta-Nya membawa kebahagiaan hingga ke akhirat. Cinta pada-Nya meningkatakan martabat dan darjat. Diberikan nur cahaya di wajah. Dikurniakan cinta makhluk-makhluk yang mencintai-Nya. Diganjarkan ganjaran syurga nan abadi.

AYUH CINTAI ILAHI..TAKBIR!..

Thursday, April 23, 2009

SaMa2LAh kIta HayaTi kIsaH iNi..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan itu Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya,
"Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?"

Ibrahaim bin Adham pun berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!"tegas Ibrahim bin Adham.
" Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua,"kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya,
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar."kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersenbunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringi kamu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Monday, April 20, 2009

CHICKEN POX...

Hmm...adik sy diuji ngn dmam cmpak sejak 4 hari yg lalu..
cian bebenor tgok die..
tp..sy x takot duduk dkat ngn die..sbb sy yakin..
kalu sy da ditakdirkn Allah kena dmam cmpk nie..mcm mana sy elak pun,pasti akn kena jugak..betol kn??
dn sy ad dgar owg ckp.. smasa mghadapi sesuatu penyakit tu..kita jgn rasa jijik kt pnyakit tu..wat bese jer..baru x berjgkit..huhu..tp ni sy dgar owg kata la..xtau btol ke x..
tp yg sy dpt dri kata2 nie..kita kena jaga adab kita bla bersama ngn pesakit..:)

Sunday, April 19, 2009

pelik tp benar..huhu

salam.. huhu..
knape kdg2.. bile kita bukak blog sndiri dy x kluar..
diakui..dah lama x update blog ni..huhu..
kt tmpt study xleh bukak blog..tp..bila dh blik umah, boleh lak..huhu..
plik la...