Wednesday, November 24, 2010

::rasadihati::

Alhamdulillah..Cuti lepas final exam sem1 ni dapat diluangkan untuk bersama keluarga yang dicintai. Setelah 8 hari berada di rumah, rasa macam sekejap saja cuti. Tak lama lagi, pasti aku akan menjejakkan kaki di bumi Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Malaysia lagi. Mengapa rasa begini? Macam tak ikhlas ja nak balik UIA. Pelik2..huu


Cay0k3! Hidup dan perjuangan perlu diteruskan,kan? Jangan sesekali berasa lemah semangat dan berputus asa. Muslim kena kuat! Insya-Allah :)


Duduk di rumah memang satu nikmat dunia yang paling best. Mana taknya, dapat bersama dengan satu-satunya saudara ikatan darah yang sentiasa ikhlas penerimaan dan layanannya terhadap kita. Apa pun yang kita lakukan, sama ada buruk atau baik, semuanya diterima dan mereka tak akan sesekali menyisih, memulau, apatah lagi membenci kita. Betul kan? Keluarga kitalah yang sentiasa di sisi kita tatkala sedih,gembira,susah,senang,bimbang,resah dan gelisah. Merekalah insan yang sentiasa memberi nasihat, membakar semangat, dan sanggup melakukan apa saja yang boleh memudahkan dan menggembirakan kita. Dan juga, salah satu sumber inspirasi hidup kita di dunia ini. :)


Kadang-kadang kita mungkin tak perasan bahawa terlalu banyak pertolongan dan sokongan yang mereka berikan kerana perkara itu dah menjadi suatu kebiasaan dalam hidup kita tatkala bersama mereka. Cuba renung2 dan berfikir sejenak, apa yang dah kita lakukan untuk mereka? Adakah mereka jua turut merasakan kegembiraan dan kesenangan seperti yang pernah mereka berikan kepada kita? Moga diriku menjadi seorang yang mengenang budi dan tidak bertindak sepeti kacang lupakan kulit. Insya-Allah..:)


Sejuk pulak hari ni. Kalau hujan memang macam ni kan rasanya? Aman lagi nyaman udaranya. Nak tau tak, seorang ustaz pernah cakap kt sy mcm ni,


" Nak tau bila pemandangan bumi yang paling cantik untuk ditangkap gambar?..Pemandangan sebaik saja selepas hujan. "  

Percaya tak? Try it by yourself! :)

Semalam pelangi jelmakan dirinya. SubhanAllah, cantik..Suka tengok pelangi. Kadang2 rasa tak percaya ja bila tengok 7 warna tu di langit. Tapi semuanya tak mustahil bagi Allah yang Maha Kuasa..:)

Orang tua2 cakap kan, kalau nampak pelangi turun, itu tandanya nak kemarau. Hurm, macam2 la cakap org dulu2. Mungkin dorang cuma nak sampaikan yang setiap perkara kat dunia ni kita dapat kaji tanda-tandanya. Allah kan suruh kita mengkaji alam ini kan? Jom google! hehe..

Search alam ni dengan mata hati ye. 

Like Mr. Maher Zain said, "We just have to Open our Eyes, Heart and Mind....":)




Sunday, November 14, 2010

Akan Ku Jumpa


Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku                            
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia 

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu 
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu 

Kulihat semua gembira 
Bila mengenali erti cinta 
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara 

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari 
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu 

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu 

Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari

*Terusan berlari dalam mengejar cinta Allah. Allah itu Maha Penyayang. Tak sedetik pun Dia lepas pandang akan hamba-hamba-Nya. Insya-Allah,berkat kesungguhan kita dalam meraih cinta-Nya, Dia akan menghargainya. 

:)




Saturday, November 13, 2010

karenah ketika musafir..=) 2 : Examination

Exam??!
Depa nk tanya pasal apa? 
Soklan dia cana? Objektif ka subjektif? Esei ada dak?
Takotnya..
Terrer la kak sanggup pi nk jawab exam pasal negara kita ni. Contohnya, soklan tentang pengetahuan am Malaysia dan esei tentang pembangunan negara..fuh! klu cek, cek habaq awai2,memg x ekpert bab2 ni..(apa punya rakyat la cek ni kn?hu..) 


Sebenarnya kakak aku ditawarkan untuk menghadiri satu peperiksaan. Peperiksaan PTD. Lebih kurg cmtu lah nama dia. Memang tak tau apa2 pasal PTD ni. Tapi yang fahamnya, klu kakak lulus, ada peringkat kedua plk, buat assessment. Abg kata, "Buat assessment tu mcm kita buat research,bentang dan laporkan. Cabaran2..Lps tu,klu lulus smua 'cabaran' depa tu, baru depa akan tetapkan kita kat mana2 jabatan kt Malaysia ni. Depends on bidang pengajian dn minat kita jugak.."


Susah jgk nak dpt kerja zaman la ni. Tapi jgn bimbang. Rezeki dalam tangan Allah. Kita ja yang perlu mulakan uasaha dari sekarang. Klu kita buat habis baik sebagai pelajar dan jugak hamba-Nya, pasti Dia jugak akan berikan yang terbik buat kita. :) (byk pulak 'jugak' dia,hehe..)


Hari ni sehari menemani kakak gi jawab exam PTD tu. Dahsyat gak exam dia. Exam depa berturut-turut. Calon2 hanya ada masa 10-20 minit saja untuk rehat slps setiap satu exam. Rehat yg paling lama sikit masa waktu zohor. Lepas zohor, masuk dewan balik dlm pukul 2.30pm. Alhamdulillah abg bawak gi lunch,hehe.. TQ abg sbb blanja adik2mu ini bekfes dn lunch..;) Siap bg duit tambang lagi waktu nk balik masa beli tiket ERL..:) BarakAllahu fik ya akhi..


Sambil menunggu kakak habis exam dlm pukul 4.45pm, abg bwk aku gi Bangi. Abg nk gunting rambut. Aku plk,apalagi, takkan nk tunggu kt kedai gunting rambut tu? Sah2 lah aku gi kedai@pasaraya mini kt sebelah tu.;p Ala, tak beli barang pun. Saja nk tgok2 barang2 dn survey harga2 dia ja. (Cerdik dak aku?Menghampakan tokei kedai tu..;D)


Lpas gi Bangi, abg singgah kt 1 car-wash kt Sri Kembangan. Rupanya dia nak basuh keta..Best dapat tgok teknik baru dorg basuh kreta. Tak tau lah samada tu teknik baru betol ke tak sbbnya aku memg tak pernah hantar sendiri keta ayah gi car-wash.;)


Tggu punya tggu, akhirnya sampailah masa untuk fetch kakak kat sekolah(tmpat exam).
Alhamdulillah, dah terpacak dah kakak kat luar sekolah tu sebaik je sampai..hehe..sori kak.we r late...:)


Lps tu, apalagi, mula la kakak berceloteh tentg exam dia. Mant0p2 soklannya. "Siapa tak jawab, rugi..."(perli ke cabar tue??) ;)


Kakak tiba2 nk gi Alamanda tuk beli hadiah befday kat adik bongsu. Skali ngn aku2 dapat habuan..hehe..Thanks kak, syg bgt sama kakak!! :)


Lebih kurg pukul 7.50pm km berdua sampai di uia. Penat..Kakak penat sgt..Kesian kakak, dia tak perasan pun yg dia tertidur.. Sedar2 je dah ada bantai kat kepala..:)


Alamak! Cek pulak yg ngntok..huhu..k,nk tid0 dulu! nite! sleep tite! :D







Friday, November 12, 2010

karenah ketika musafir..=)

Ibarat perjalanan dinaungi rahmat-Nya

Alhamdulillah,selamat akhirnya sampai ke pangkuan kakak tersayang setelah hampir 4 jam perjalanan bersama dengan seorang teman istimewa. Tanpa dia di sisi,pasti aku agak terkontang-kanting nak beraksi.=) Apalah temanku itu tengah buat sekarang ye? Mesti tengah bergumbira bersama teman-teman seperjuangan yang amat dirindunya di sana(PJ campus). Masa membeli-belah kat Rafest tu,ingat2 lah org kt sini ye..;D

Erm..Terkejot jgk bila dpt wireless kt bilik kakak ni..Ingatkan antara wireless tu asing2,x serupa..Rupa2nya boleh pakai asalkan ibu dia sama.(Eh,betol ke teori ni? Anje ict,help me.Ngeh3...)

Esok ada satu lagi perjalanan. Dan esok jgk la hrapanku berbunga untuk melepaskan rindu pada sahabat istimewaku slps dia habis exam..Harap2 exam kakak sekejap je..hu~

Mungkin esok jgk dapat jumpa abang,insya-Allah. Klu dah  jumpa tu, apalagi, kena blanja makan la ye abangku sayang..hehehe..

Hurm..

Exam dah 2 hari habis. Rasa relax dn tenang skit..Alhamdulillah...Tp bila terpikir je tntg result,huhu..Takot..Ya Allah kuserahkan segalanya pada-Mu..Allahumma A~meen..

Sepanjang perjalanan hari ni, mcm2 yg aku belajar. Antaranya:

1. Sediakan duit yg secukupnya@lebih bik lebihkan sikit semasa nk  
    bermusafir..Pengalaman mngajar erti sush-payah.... 

2. Hidupkan henset

3. Baca ayat kursi

4. Saling memudahkan sesama teman seperjalanan@semusafiran

5. Jangan segan sedekahkan senyuman ikhlas pada muslim yg lain.(muslimin-
    muslimin,muslimat-muslimat)
   
 -Masa kat terminal,aku tersenyum sikit kt sorg kakak ni, igtkn dia xnk  
  senyum,skali dia senyum balik, sweet sgt! 
 -Lg 1 msa kt dalam LRT, beg aku letak bg stand kt tepi tiang silver tu
  sebelah dgn sorg sister ni. Beg aku tu plk asyik nk jatuh je. Pastu sister
  tu pun tahan ngn kaki dia. Dia ckp gini "eh,xpe2." Maknanya dia ok je  
  nk tolong tahan beg aku tu ngn kaki dia dari jatuh. How nice she is! :)  
  Then, dia stat cakap. Dia tnya,

"dari mane ni?"
"dari kuantan.'"
"uia eh?"
"a'ah"
"uia jgk ke?"
"eh,xlah..ada member kt sane."
"ohh..dh kerje ke?"
"eh,belom lg..(smbil tergelak kecil) masih belajar."
"blaja kt ner?"
"kat UiTM"
"amek kos ape?"
"akaun"
"year ke brape?"
"second year" - Pastu dlm hati bermonolog sendirian, "Sama umo ngn aku upenyer..tp nmpk cam kakak je" =p

Sampai situ je perbualan km..Sbb dia dh kena turun..Pastu, dia ckp,"Ok,pergi dulu." "Jumpa lagi,Assalamu'alaikum." Dan bersalamanlah km berdua smbil menghadiahkan senyuman yg amat manis. =)

Banyak lgi hikmah yg berlaku hari nie. Tp tgn dah x larat nk menari.;p

Ok,takat ni dulu..Nnti klu berkesempatan nk smbung lg sikit. Eh,sikit ke?? Banyak k0t..Byk jgk la..Takde la byk sgt..Isk, ape-ape je la! ;D

Saturday, November 6, 2010

saja2.. suka2..

Saja2..Suka2..nak berkongsi....:D


otw balik kafe..subhanAllah..:)




~the early birds~
Sambil2 jalan,suka ambil gambar. Bila nampak sesuatu yang terasa menarik di hati, pasti capture je :) Sampai ada yang tengok sy pelik..hehe
Bukan apa, panorama2 yang cantik ni bukan akan berulang dalam masa yang singkat dan kerap. Jadi kenalah terus tangkap gambar bila dapat peluang..kan? :D
Sometimes, candid frenz! Sampai dorg jadi frustrated..haha..Gambar candid ni cantik. Sangat cantik. Kita dapat rasa the natural,real feeling kat gambar tu..Kalau gambar yang kita dah ready2 tu, feeling dia sometimes cannot be reached..(betul ke x my word ni..maaf ye, sy nie x pandai bi sgt..;p)
Satu lagi, gambar candid lah yang paling cute! Jadi,pada siapa2 yang kena candid tu, jangan marah..;p



Cantik tak scenery kt atas ni? Cantik kan? SubhanAllah..:)
Panorama macam nie bukan selalu kita akan dapat lihat. Jadi, terus capture! :)
Gambar nie diambil masa tengah jalan kaki dengan seorang sahabat sekuliyyah. Kami berbincang tentang masa depan. Tinggi impiannya..Moga impianmu tercapai sahabatku! :)
Masa ni dalam pukul 12 lebih. Tapi tak panas sangat.Alhamdulillah.. 






ni kitchen uia..kecik sikit
sbb bgunan allhs xsiap gi..
 
ni kolam air kt tgah2 kom tu..memg simbolik uia..