Wednesday, November 24, 2010

::rasadihati::

Alhamdulillah..Cuti lepas final exam sem1 ni dapat diluangkan untuk bersama keluarga yang dicintai. Setelah 8 hari berada di rumah, rasa macam sekejap saja cuti. Tak lama lagi, pasti aku akan menjejakkan kaki di bumi Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Malaysia lagi. Mengapa rasa begini? Macam tak ikhlas ja nak balik UIA. Pelik2..huu


Cay0k3! Hidup dan perjuangan perlu diteruskan,kan? Jangan sesekali berasa lemah semangat dan berputus asa. Muslim kena kuat! Insya-Allah :)


Duduk di rumah memang satu nikmat dunia yang paling best. Mana taknya, dapat bersama dengan satu-satunya saudara ikatan darah yang sentiasa ikhlas penerimaan dan layanannya terhadap kita. Apa pun yang kita lakukan, sama ada buruk atau baik, semuanya diterima dan mereka tak akan sesekali menyisih, memulau, apatah lagi membenci kita. Betul kan? Keluarga kitalah yang sentiasa di sisi kita tatkala sedih,gembira,susah,senang,bimbang,resah dan gelisah. Merekalah insan yang sentiasa memberi nasihat, membakar semangat, dan sanggup melakukan apa saja yang boleh memudahkan dan menggembirakan kita. Dan juga, salah satu sumber inspirasi hidup kita di dunia ini. :)


Kadang-kadang kita mungkin tak perasan bahawa terlalu banyak pertolongan dan sokongan yang mereka berikan kerana perkara itu dah menjadi suatu kebiasaan dalam hidup kita tatkala bersama mereka. Cuba renung2 dan berfikir sejenak, apa yang dah kita lakukan untuk mereka? Adakah mereka jua turut merasakan kegembiraan dan kesenangan seperti yang pernah mereka berikan kepada kita? Moga diriku menjadi seorang yang mengenang budi dan tidak bertindak sepeti kacang lupakan kulit. Insya-Allah..:)


Sejuk pulak hari ni. Kalau hujan memang macam ni kan rasanya? Aman lagi nyaman udaranya. Nak tau tak, seorang ustaz pernah cakap kt sy mcm ni,


" Nak tau bila pemandangan bumi yang paling cantik untuk ditangkap gambar?..Pemandangan sebaik saja selepas hujan. "  

Percaya tak? Try it by yourself! :)

Semalam pelangi jelmakan dirinya. SubhanAllah, cantik..Suka tengok pelangi. Kadang2 rasa tak percaya ja bila tengok 7 warna tu di langit. Tapi semuanya tak mustahil bagi Allah yang Maha Kuasa..:)

Orang tua2 cakap kan, kalau nampak pelangi turun, itu tandanya nak kemarau. Hurm, macam2 la cakap org dulu2. Mungkin dorang cuma nak sampaikan yang setiap perkara kat dunia ni kita dapat kaji tanda-tandanya. Allah kan suruh kita mengkaji alam ini kan? Jom google! hehe..

Search alam ni dengan mata hati ye. 

Like Mr. Maher Zain said, "We just have to Open our Eyes, Heart and Mind....":)




No comments:

Post a Comment