Thursday, December 24, 2009

sayangkah kita pada Allah?

bismillahirrahmanirrahim..
subhanALLAH walhamduliLLAH walailaha illALLAH wALLAHu akbar..

ALHAMDULILLAH..semalam sy telah diizinkan Allah untuk mendiami salah satu taman syurga yang ada di CFS nie.Nabi s.a.w. ada berkata pada sahabatnya yg berbunyi :
"apabila kamu melalui salah satu dari taman2 syurga,maka singgahlah." lalu sahabat
bertanya, "apakah itu taman2 syurga?" maka Nabi menjawab, "taman2 syurga itu adalah
majlis ilmu."

Dlm taman syurga itu sy telah dengan bersama bidadari yg solehah insya Allah..
sang bidadari itu telah menyampaikan sesuatu ilmu yg amat brharga pd sy dn sahabat2 sy yg lain.. tp sedarlah bahawa sebenarnya Allah yg nak memberikan ilmu itu pada hambaNya..dan bidadari itulah wasilahnya..ALHAMDULILLAH..

"bukan senang nk jadi yg terpilih dan dipilih"

satu soalan diungkapkan ketika itu tetapi brkali-kali oleh bidadari itu..
"Sayangkah kita pada Allah?"selepas sedikit huraian dan penerangan,maka gugurlah butir2 air matanya..katanya:
selama nie, klu mak ayh kita bg barang kt kita, bertambah-tambah lah rasa sayang kita pada mereka..makin kita ingat dn menghargai mereka..
tapi, sedarkah kita bahawa selama ini kita Allah telah berikan berbagai-bagai nikmat yg xterhitung dek mata kasar dn pngiraan oleh akal kita..
tapi apa yg kita balas pada Nya??
muhasabahlah diri kita masing2..
SAYANGKAH KITA PADA ALLAH?
kenapa kita boleh menyampaikan rasa sayang kita sesama manusia atau pun harta kita lebih dr kita sayangkan Allah?
astaghfirullahal'zim...ampunkan dosa2 hambamu ini ya ALLAH..sesungguhnya benarlah kata2Mu yg berbunyi "sangat sedikit hambaku yg bersyukur kepadaku"..
Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk mengingatimu,bersyukur kepadamu dan dalam memperbaiki amalanku..ameen..

"Ku bersyukur pada rahmat MU Tuhan..Kau tunjukkan jalan ku pulang..dan CintaMu bagai air di tandus sahara..membuat ku melepaskan dahaga.."

Monday, December 7, 2009

mid-term vs mid-break

mid-term?
mid-break?
mid-term?
mid-break?
ish...memg susah nk pilih..
last2..
pilih dua2..
amek smua..:)

dlm kelas td, ada seorg sahabat nie..dy bg tazkirah..tentang siapa kita..
siapa kita ya?
kita ni sapa ya?

jawapannya....kita nie adalah HAMBA ALLAH S.W.T...
la ni kita dh tau sapa kita kn?
jadi..berkelakuanlah seperti seorang hamba..
lakukan apa yg disuruhNYA, tinggalkan apa yg dilarangNYA..

sebagai seorang hamba, kita akn sentiasa diuji..ujian yg Allah berikan itu bergantung pada diri kita sama ada nk terima ujian itu sebagai musibah atau sebagai RahmatNYA...

bila kita diuji, kita kena ingat kata-kata Allah nie :

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahalia buruk bagi kamu. Dan
ingatlah, Allah jualah yg mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(al-Baqarah,2:216)

wallahu'alam...

Thursday, November 19, 2009

??....blurr??...

insha-ALLAH3x..
yakin lah dgn apa yg dilakukan di bwh naungan rahmat Allah..
niat yg betul dn ikhlas kerana Allah..
usaha yg bersungguh-sungguh..
doa sokmo..
tawakkal ilALLAH..
insha-Allah berjaya..:)

Friday, October 23, 2009

s0o0 simple..

"astagfirullahallazi la ilaha illa hualhaiyal qaiyuma wa atubu ilaih.." - doa di pagi jumaat..-

(aku memohon keampunan keampunan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup lagi Berdiri dengan sendiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya..)

Kaifiat & Khasiatnya:
Daripada Anas r.a., daripada Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mengucapkan pada pagi hari Jumaat sebelum solat Subuh(doa tersebut), sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya meskipun banyaknya seperti buih-buih di lautan."

Rasanya doa nie memg dh sebati dgn jiwa setiap muslim itu kn?apatah lagi golongan mukmin dn muttaqin.. jadi,sama-sama lah kita berterusan memohon keampunan dari-Nya kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..:)

Monday, October 19, 2009

segala-gala di dlm tangan-Nya..

Manusia hanya tahu dan boleh merancang..tapi hanya Allah Yang Maha Kuasa berkemampuan untuk menetukan samada sesuatu perancangan manusia itu bakal berlaku ataupun tidak..di sini kita diajar untuk jadi orang yang bersabar dan redha di ats setiap ketentuanNya..

Begitu juga dgn konsep tawakkal..orang selalu misunderstanding tntg konsep tawakkal..tawakal itu memg perlu dn sgt bagus..tp mesti memenuhi syaratnya..sblum tawakkal ilAllah s.w.t.,mstilah berusaha trlebih dahulu..usaha itu plak hendaklah bersungguh-sungguh disertai dgn niat yg betul lillAllahi ta'alaa..insya-Allah usaha dn niat yg murni itu tidak Allah persiakan..igtlah..Allah sgt menyukai hamba2Nya yg bertawakkal..

Namun,haruslah diingati dn diketahui bahawa hamba Allah yg mengaku beriman tidak akn dibiarkan Allah tanpa diuji imannya..skali skala tersungkur,tidak mengapa..kita hanya perlu byk berfikir dan menilai diri kita di mana silapnya..di sebalik ketentuan Allah itu,pasti tersirat hikmahnya yg istimewa..bila kita diuji,itu tandanya Allah masih sayang dan ingat pada kita..:) alhamdulillah..jadilah sepeti cucu Rasulullah yang mana dia masih dalam senyuman ketika rebah dn tersungkur di medan jihad fisabilillah....

Friday, October 16, 2009

muhasabah cinta...

Wahai Pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari-Mu
ku pasrahkan semua pada-Mu..

Tuhan baru ku sedar..
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cinta-Mu..

Kata-kata cinta terucap indah..
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa
biar jadi penawar dosaku..

Butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi
muhasabah cinta ku..

Tuhan kuatkan aku..
lindungi ku dari putus asa
jika ku harus mati pertemukan aku dengan-Mu..

Thursday, October 15, 2009

MeMori terCipTa..


tiba2 hari nie hati ini rindu pada kehidupan yg lalu..tringat pada kata2 dn nasihat ustazah yg sgt sy sayangi..tringat pada sahabat2 yg saling mengasihi dan menyayangi kerana Allah..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti trsirat hikmah yg xternilai..alhamdulillah kerana sy diberi peluang untuk merasai nikmat terindah selama 18 bulan suatu ketika dulu..
Darul Quran..indah namanya..seindah dirinya..

Wednesday, October 14, 2009

doa buat sahabatku..

Ya Allah, ku mohon kepada-Mu..
Sentiasalah berkati sahabatku ini dalam apa jua yang dia lakukan..
Janganlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat memerlukan cinta dan kasih-Mu..
Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan..
Aku mohon semua ini kerana aku amat menyayangi sahabatku ini..
Ameen..n..

don't you know??..

Have you ever heard about this??

" scientists have proved that the sound which comes from a heartbeat is LUB-DUB..but now they analyzed that it is RUB-RUB..RUB is an arabic word which means who made each everything that is Allah. so it means that every heartbeat says Allah Allah.."

IF OUR HEART CAN SAY ALLAH EACH SECOND, WHY NOT OUR MOUTH SAY THE ZIKR? WHY NOT OUR EARS LISTEN TO THE HOLY QURAN'S VERSES? WHY NOT OUR BODY DO THE RIGHT THINGS AND LEAVE THE BAD THINGS? WHY DON'T WE IMPROVE OUR LIFE TO ACHIEVE THE LORD'S LOVE AND PLEASURE?...


The Holy Prophet Salallahu 'Alaihi Wasallam said : "stop doing everything during the azan, even reading the Quran. the person who talks during the azan will not be able to say kalimah syahadah on his/her death bed.."

Sunday, October 11, 2009

apa nak buat...


mcm mana nk isi masa yg ada??
hmm.. apa nak buat untuk isi masa, nie smua ats org tu sndiri kn?? klu kita mnyedari bhwa masa itu sntiasa brlalu meninggalkan kita dn x akan kmbali kepada kita, tntu kita x akn sia2kn masa kita.. igtlh masa itu ibarat pedang.. jd manfaatknlah masa kita ngn sebaik-baiknya..:)

Wednesday, September 16, 2009

ibadah puasa..

Daripada Sahal bin Sa'd, sabda Rasulullah s.a.w. :

"Di dlm syurga itu ada 1 pintu yg bernama 'ar-Rayyan' di mana pintu itu tak dapat dimasuki kecuali oleh org2 yg berpuasa shj.."
(riwayat Imam Bukhari, Muslim & Ahmad)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Puasa itu perisai yg membentengi dari sentuhan api neraka"
(hadith riwayat Ahmad & Baihaqi)

*puasa itu bertindak sebagai perisai kepada org Islam drpd melakukan kejahatan..
*puasa juga dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan..

Ramadhan..

Agkny masing2 tahu dn dpt menilai Ramadhan yg ditempuhinya kali ini bagaimana kn?
mula2 Ramadahan tiba..kemudian kita melaluinya dgn pelbagai gaya dn cara..dn kini Ramadhan dh nk berlalu pergi..apa yg patut kita lakukan???
selain rasa sedih ramadhan akn meninggalkan kita,tentulah kita kena ada azam dn peningkatan dlm memprhebatkan amal ibadah kita..tol x??
LAGI HEBAT SEKIRANYA KITA DPT LAILATUL QADAR=MALAM AL-QADR..aaamien..

"10 akhir ramadhan dikurniakan lailatul qadar..malam yg terbaik diumpamakan seribu bulan.."

semoga kita dpt jadikan ramadhan kali ini sebagai satu titik permulaan untuk kita terus istiqamah dgn amalan yg kita lakukan..insya-Allah..:)

Wednesday, August 26, 2009

kaifahaluk??

huhu..dah lama xbukak n terjah blog nie..sdey rasanya..
klu ikutkan hati..nk jer duk dpan komputer n tulis segala benda yg nk diluahkan..
tp apakan daya..diri ini tak mampu untuk berbuat sedemikian..
alhamdulillah..Ramadhan tiba lagi..
alhamdulillah diri yg hina ini masih dipanjangkan usia oleh Allah dgn nikmat sihat,nikmat iman dn Islam untuk bertemu dn beribadat di bulan Ramadhan..
sungguh..diri ini amat merindui Ramadhan..
sungguh..diri ini amat mencintai kedua ibu bapa ku di sana..
sungguh..diri ini ingin memperbaiki diri..moga kita sama2 dpt sejuta manfaat di buln ramadhan ini..ameen..

Thursday, July 23, 2009

GerHaNa??

GERHANA MATAHARI berlaku lsgi hari ini...

malah dikatakan ia gerhana matahari yg terpanjang(lama) yg berlaku dlm 33 tahun skali..(klu mklumat ni silap sila mklum kn saya e..)

apa yg kita fikir bila gerhana ini berlaku??

adakah kita masih buat don't know je??

atau kita terfikir tntg sesuatu yg lbih jauh n spesifik??

apakah tandanya bila gerhana kerap berlaku di akhir2 zaman ini??

harap smua tahu lg arif akan jawapannya..

sama2 lah kita bermuhasabah diri dn byk kn lh bertaubat kpd Allah..

Tuesday, July 21, 2009

israk wal mikraj..

~27 Rejab 583H~

Selain peristiwa Israk dn Mikraj ini, ada satu lagi peristiwa yg penting dalam sejarah Islam..

~Sultan Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya membebaskan al-Quds dari tentera Salib.

PERISTIWA ISRAK DN MIKRAJ MEMBERIKAN KITA SERIBU PENGHAYATAN DN IKTIBAR..

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (suarah al-Isra',17 : 1)

lihatlah bahawasanya peristiwa Israk wal Mikraj ini telah dirakamkan oleh Allah s.w.t di dlm al-Quranul Kareem..dan semua pasti sedia maklum bahawa dlm peristiwa inilah perintah solat lima waktu sehari semalam diterima oleh Rasulullah untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam termasuklah diri Baginda sendiri.
Masya-Allah..

moga2 selepas ini kita cuba sedaya upaya untuk melakukan perubahan ke arah yg lebih baik dlm penyempurnaan ibadat kita terutama sekali SOLAT..

brapa ramai yg solatnya khusyuk?
brapa ramai yg wudhu' nya sempurna?
brapa ramai yg tidak melewatkan solatnya?
brapa ramai yg btul2 mnjaga solatnya?
brapa ramai yg berasa gerun dn takut ketika mana dia meninggalkan solat?

astagfirullahal'azim..

sama2 lah kita bermuhasabah diri dn seterusnya memperbaiki kelemahan diri kita..insya-Allah..

sesungguhnya Allah telah menyebutkan di dlm kalam-NYA yg suci lg agung itu bahawa..

"sesungguhnya berjayalah org2 yg beriman, iaitu org yg khusyuk dlm solatnya,....serta org yg memelihara solatnya.." (al- Mukminun,23 : 1,2,9)

Sunday, July 19, 2009

ya 'alie7x..alhamdulillah!

ya 'Alie7x..

Alhamdulillah..akhirnya Allah s.w.t mengizinkan diri ini untuk tiba di stesen bas kangar dengan selamat dan saya dapat bertemu, meleraikan dendam kasih saya pada orang yang paling saya sayangi..tak lain dan tak bukan ialah kedua ibu bapa saya..alhamdulillah ya Allah...

Dalam buku karangan akh Akmal El Muhammady yang bertajuk "Merawat Kehidupan dengan Zikir Asma' al- Husna", ada disebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang ingin bertemu dengan orang yang dikasihinya, seperti ibu bapa, isteri,anak-anak atau kekasihnya, hendaklah dia mengucapkan "Ya 'ALIE" beberapa kali di waktu siang, insya-Allah dia akan bertemu dengan orang yang dikasihinya itu.."

99 nama ALLAH ada khasiatnya masing-masing. kita tidak akan tahu kalau kita tidak mencari atau mengkajinya, kan??

Bila kita dah tahu khasiat @ kebaikan yang kita akan perolehi dengan menyebut asma' al-husna ini, maka kita cuba lah sedaya upaya untuk beramal secara istiqamah..

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan??

Kalau kita tidak mampu untuk buat semua, jangan kita tinggal semua, betul tak??

Last but not least, saya nak berkongsi satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah :

" Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu 100 kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka masuklah ia ke syurga ".

masya-Allah!.. :)

Wednesday, July 15, 2009

hometown countdown!

walaupun ad xm midterm hari jumaat malam, tp ingatan kt mak ayah,adik2,rumah, masakan mak dah sgt2 bermain di minda..huhu.. moga ingatan nie dpt menyuntik sedikit semangat untuk buat yg terbaek dlm xm.. siapa yg xnk mngembirakan ibu bapa kn?? itukan hak mereka..dan kita sebagai anak nie(moga2 tergolong dlm golongan ank soleh) kenalah sedaya upaya memenuhi hak mereka seperti mana mereka telah berusaha sehabis baik memenuhi hak kita..:) pernah x kita bertanya kepada mak ayah kita apa yg mereka inginkan?
contoh situasi : mak, mak teringin nak makan apa? boleh akak tolong sediakan..:)
biasanya situasi sebegini jarang berlaku, tp yg kerap berlaku adalah sebaliknya..

contoh situasi
: mak..adik teringin nak makan nasi ayam la..huhu

betul x? jadi slps ni, ringan2kn lah mulut kita untuk bertanyakn apa yg mereka inginkan..bukan dari segi makanan saja, tp dari pelbagai aspek..
semoga berjaya..ingatlah bahawasanya Redha Allah Itu Terletak Pada Redha Kedua Ibu Bapa Kita..:)

Tuesday, July 14, 2009

mid-term datang lg tnpa diundang..:(

exam ni kat mana2 pun datang tanpa diundang kn??hehe..sy ni memg takot sikit dgn exam nie..
x kira lah exam akademik ke..
medical check-up ke..
sport-check ke..(haa...ni ada la smthg wrong with me..check balik..)

takot mcm mana pun,semua org x blh lari dr exam kn???tmbh2 tym menuntut ilmu ni..maklum saja lh, negara kita ni memg amalkan sistem 'exam-oriented'..huhu..

buat sahabat2 sekalian..

semoga berjaya dlm ap shj yg dikejari..tp ingatlah, semua usaha kita msti lah diiringi dgn tawakkal kepada Allah s.w.t. 100% tau..tanpa keizinan dn pertolongan dari-NYA, mustahil kita akn dpt ap yg kita hajatkan..bykkan berdoa kepada DIA..x rugi jika kita byk luangkn masa bersama Allah..stiap masa yg kita spend untuk ber'ibadat kpd Allah PASTI akn diganti dgn rahmatNYA yg kita sendiri x sangka2..berpegang lah pada janji Allah..(surah at-Talak,65 : 2-3)

iftor..

Alhamdulillah hari khamis(9hb) minggu lepas, satu iftor anjuran ikatan mahasiswa islam utara, (atau lebih femez dgn nama pendeknya-IMIU), telah didakan di smawp 2..tp iftor ni untuk muslimat shja..:)

klu ikutkan rancangn/plan untuk buat iftor ni memg mantap dah rasanya(eii..tolong la puji diri sendiri..astagfirullah..).tp bila dtg harinya, byk dugaan dn cabaran yg kami hadapi sbg skuad iftor tym tu..hehe..

malas lak nk habaq masalh2 yg dihadapi..huhu..yg penting kita ambik iktibar/pengajaran drpd segala yg telah berlaku..

Allah itu Maha Penyayang lagi Pemurah..sbb tu Dia sntiasa nk berikn kita semua petunjuk melalui ujian2 yg ditujukan kat diri atau pun sesuatu kumpulan tu..:)

salah satu peringatan yg dah lama dn sering kali kita semua dapat ialah tentang.....

MASA!! betol x??

kesimpulannya..dlm ap2 shj yg kita lakukan, ingatlah masa itu sgt penting dn berharga..

contoh: (1)lambat dtg kelas, kompem dah terlepas ilmu..lagi berat kalu xdtg kelas
lgsung..huhupastukompem interrupt kwn2 n lecturer yg sdg mengajar..
(2)lmbt dtg untuk uruskan any prgrm atau majlis, kompem jadi kelam kabut..tym tu jgk
la back up nk kena buat..yg dah plan cantik2 n mantop2 tu, terpaksa di'cancel'kn..

rasanya kesimpulan tntg masa semua org dah sgt maklum n 'arif kn?? cuma kita x betul2 tegas dgn diri sndiri ja untuk jd seorg yg berdisiplin.. so, lps ni sama2 lah kita(ni pesanan untuk sy gak) meng'improve'kn diri ye..kita mesti nk jadi seorg da'ie yg hebat kan?? antara ciri2 mantop seorg da'ie ialah sntiasa mghargai masa=menepati masa..:)

man jadda wajadda!! chayok2!!aja2 FIGHTING!!

~perjuangan belum selesai~

Friday, July 3, 2009

PaTahTumBuh HilAng Berganti..

seinfiniti al-FATIHAH buat arwah nabil marwan yang telah selamat meninggalkan alam duniawi ini menuju ke alam barzakh dan seterusnya melangkah ke firdausi..insya-ALLAH.. sesungguhnya maut itu di tgn Allah..
bila..di mana..bagaimana..itu semua sudah tertulis dalam suratan takdir kita masing2..
bykkn lah berdoa agar kita di'jemput' kembali kepada-NYA dlm husnulkhatimah..insya-ALLAH.. Yang dah 'pulang' ,pasti xkan kembali lgi..jadi,kita yang masih hidup ni..teruskanlah perjuangan di jalanNYA.. marilah kita meneruskan perjuangan sahabat kita ini wlupun seperit tusukan pedang.. carilah sebanyak yg mungkin bekalan untuk kita mengadap Allah..laksanakan segala tanggungjawab kita dgn sebaiknya..
sama-samalh kita amalkan doa Rasulullah ini:

Allahumma a'inni 'ala zikrik, wa syukrik,wa husni 'ibadatik.. ( ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-MU, bersyukur kepada-MU, dan untuk memperbaiki amal ibadahku pada-MU..)





salam 'alaik ANIQ ku sayang..

asif jiddan aniq..ucu lambat wish hepi befday kt aniq..huhu..jd,sbagai dendanya..(eh,pandai2 lak ucu buat denda sendiri,kiki!) ucu akn nyanyi kan lagu la..tp bukan lagu inteam ker,lagu hijjaz or rabbani or mestica..tp lgu Sanah Helwa!!


"Sanah helwa ya aniq..
sanah helwa ya aniq..
sanah helwa sanah helwa..
sanah helwa ya aniq.."hehe..:)

sedap x ucu nyanyi?? kikiki!

apa2 pun..ucu hnya nk yg terbaik wat aniq yg ucu saaayang bangat nie tau..:)
moga Allah berikan yang terbaik wat aniq dunia dan akhirat..ameen..:)

Sunday, June 28, 2009

Untukmu sayangKu..


ukhtiku,,andai jiwamu resah tidak berpunya, ingatlah dikau pada janji Allah..
lelaki yang soleh buat wanita yang solehah. bukan lelaki soleh itu yang dikejar, tetapi diri ini yang perlu diperbaiki(tak perlu sibukkan dirimu kepada mencari si dia, tapi sibukkanlah dirimu kepada menjadi apa yang dituntut oleh-Nya) janganlah dikau risau, harinya pasti akan tiba.. bila masanya,serahkan saja pada-Nya.selesaikan dulu segala urusanmu..tuntutlah ilmu hingga ke puncaknya agar terbalas pengorbanan ibu bapamu!

ALLAHUMMA NAWWIR QALBI BI NUURI HIDAYATIK,KAMA NAWWIRTAL ARDHA BI NUURI SYAMSIK ABADAN ABADA BIRAHMATIKA YA ARHAMARRAHIMIN..AMEEN..

seLamAt arie Lahir to ACIK MUNAWWARAH!!
















Acik..tau x betapa indahnya ukhwah antara kita??

Acik..tau x betapa bersyukurnya ateh kerana diberi peluang untuk ber'ukhwah' ngn acik??

Acik..tau x betapa saaayangnya ateh pada acik????


SahAbat,
bukan 1 tapi berjuta..
bukan untuk diguna tapi untuk dijaga..
bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi..
bukan untuk sementara tapi untuk selamanya..
bukan untuk dilupakan tapi untuk dingati..
bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui..
bukan hanya disini tapi di mana-mana..
bukan setakat ini tapi hingga syurga..
INSYA-ALLAH!!..:)

SELAMAT HARI LAHIR ACIK SAYANG! MOGA TERUS THABAT DLM PERJUANGAN MU UNTUK MENCAPAI MARDHOTILLAH..:) INGATLAH, JANGANLAH SESEKALI KITA BERPUTUS ASA PADA RAHMAT-NYA...:)


Friday, June 26, 2009

Khas wat AnDaH cAYanG!! :)

A SONG I DEDICATED JUST FOR YOU DEAR!! (sing nicely pliz..hehe..)

SANAH HELWA YA JAMEEL..
SANAH HELWA YA JAMEEL..
SANAH HELWA SANAH HELWA..
SANAH HELWA YA JAMEEL..:)

ONE MORE SONG FOR YOU..

HAPPY BIRTHDAY ANDAH..
HAPPY BIRTHDAY ANDAH..
HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY..
HAPPY BIRTHDAY ANDAH..:)

ONE MORE SPECIAL SONG FOR YOU..

ALLAH SELAMATKAN ANDAH..
ALLAH SELAMATKAN ANDAH..
ALLAH SELAMATKAN ANDAH CAYANG..
ALLAH SELAMATKAN ANDAH..:)

p/s: wlupun ucu wt post nie ketika andah dh pon TUA(kikiki!!)..ala..xla tua sgt, baru ja
mencecah 20 tahun 2 hari kn??hehe..ucu syg sgt kt andah tau..:) smoga andh dikurniakan
yg terbaek dari Allah..ameen..

"Cinta ucu & ndah sama tertaut pada kalimah ALLAH, kasih ucu & ndah sama tertumpah pada RASULULLAH, hati ucu & ndah sama tercurah pada TARBIYYAH ISLAMIAH, dan kerana itu ucu & ndah disimpul dalam satu ikatan iaitu UKHWAH FILLAH.."

SAYANG ANDAH!!...:)

Sunday, June 14, 2009

WhAt iS a TrUe FriEnD???

ceria???


org kata kena ceria wlupun tension..btol ke?? sbnarny bnde ni depends gk kt org tu..sesetengah org mgkin bole ceria dlm keadaan ap pon..tp sesetengahny x bole..huhu yg penting we try our best to make other people cmfortable n happy with us,right?? SO0O0.......aja2 FIGHTING!! :)

Saturday, June 13, 2009

The best class i've ever had!!

Friday, June 12, 2009

Alhamdulillah..


Di pihak ibu n ayah, mereka bersyukur kerana dianugerahkan anak2..tmbah2 lg kalau ank2 tu mnjadi ank2 yg soleh..:) Sebagai seorg ank plak, anak itu pasti bersyukur krn masih diberi peluang n ruang untk hidup ngn mak ayah dia..kn?? tmbah2 kalu mak ayah dia tu menjadi cntoh teladan yg terbaik bg dia..:) sekarang sama2 lh kita ucapkn ALHAMDULILLAH berkali2 krn DIAtelah mengizinkn kita utk lahir ke dunia ini n dpt nikmat hidup bersama insan2 tersayang ini..:) Andai kata suatu hari kita diuji dgn menerima khabar bhw mereka sudah tiada..maka tabah kn lh hati n byk2kn bersabar n berdoa..kerana Allah tahu apa yg terbaikbuat diri kita..yg penting,,trimalh takdiy yg ditetapkn untuk kita dgn ikhlas dn redha..:)


Tetapi,,skirany sekrg kita msih dpt bersama mak ayh kita,,maka kasihilah mereka.. sayangilah mereka..belailah mereka.. doakn lah mereka..krn mak dn ayh kita dh byk berkorban untuk kita.. dari telapak kaki yg sebesar ibu jari sehingga lh kini..bygkn betapa tabah ny mereka..sabarny mereka dlm membesar n mendidik kita utk jd insan yg berguna pd bgsa, masyarakat,agama n negara.. Alhamdulillah krn mereka diberi kekuatan oleh Allah utk mnjalankn n melaksanakn tanggungjawab n amanah yg ditaklifkn..:) moga2 bila dah ditakdirkan Allah utk bergelar seorg ibu atau pun ayah,, berazamlah n berusahalah untuk jadi ibu/ayah yg mithali..agar diri n ank2 mmpu mnjadi hmba ALLAH yg sebenar2nya..insya-Allah..ameen..





Thursday, June 11, 2009

S@N@h hELW@ ACIK NAJLAA!! :)

SANAH HELWA ACIK CYG!! MOGA TERUS THABAT DLM PERJUANGAN! RINDU ACIK.. eh, ke ucu kne panggil KAK ACIK?? haha...

"Jadikan jalinan ukhwah antara kita terbina 'persis untaian tasbih'..Ada awal, tiada penghujungnya, dibentuk untuk mengingati-NYA, dicantum kerana cinta-NYA, diratib semata-mata kerana redho-NYA, menitis air mata tika merasai kemanisannya..semoga jalinan ukhwah ini kekal dirahmati ALLAH S.W.T...






Saturday, June 6, 2009

rindu..

Lama dah xblogging...rindu,tp xdpt nk lepaskan..huhu..
Berkenalan ngn banyak org memg dpt mengajar diri kita mcm2 perkara,kn??
salah satunya,, mcm mana kita nk handle org tu..mcm sy ni,x pandai sgt nk hndle org ni..tp sy pasti cuba wt dia selesa ngn sy..
Kdg2 kita tgok org tu mcm ok..tp kita kena tau yg rupa luaran x sama ngn wajah dalaman..
mcm 1 hari tu, sy ada bercakap ngn sorg mamat ni..kalu dy x ckp nmpk cam ok..tp bila sy bercakap ngn dy, sy jadi agk terkilan disbbkn dy kurg berbahasa ngn sy. sy rasa sy dh hbis baek polite ngn dy..huhu mgkin sy xsedar yg sy dah wt dy terasa kowt....huhu..wallahua'lam la..

Yg penting, slps ni klu jumpa org yg x pernah kita jumpa,make sure muka kita manis dn berbahasa lh ngn dy..budi bahasa tu kan budaya kita..:) contohilah akhlak nabi kita,Nabi Muhammad s.a.w. yg suka memberi salam dn senyum..:)

Friday, May 8, 2009

UkHwAh fiLLAH..:)



Dalam bersahabat, jadilah mcm dorg nie..dorg sanggup berkongsi susu dalam mgkuk yg kecik tuh..xdisuruh pon berkongsi, tp nk jugak minum skali wlupun asyik belaga jer kepala dorg tuh..kikiki!!
Haa..mcm tu lah jugk bila kita berkawan,bersahabat dn berteman..
sahabat yg sejati msti sntiasa bersedia untuk berkongsi ap saja..susah-senang,pahit-manis,suka-duka, gelak-tangis,sendu-sendawa..
Setiap insan yg bersahabat itu pasti mahu jadikan dirinya yg terbaik buat sahabatnya dn dia juga pasti mahukan yg terbaik buat sahabatnya itu..dia juga pasti rela berkorban apa saja dn melebihkan kepentingan n kesejahteraan sahabatnya daripada dirinya sendiri..rasa kasih sayang dan cintakan sahabatnya itu adalah semata-mata kerana cintanya kepada Allahu Ta'ala..
perhubungan seperti ini lah yg diiktiraf sebagai UKHWAH FILLAH..
Moga kita semua dikurniakan nikmat sebegini di alam duniawi agar dapat dijadikan salah satu hasil tuaian di alam ukhrawi kelak..amiin..:)



Kenal x ni masjid aper? Kompem semua muslim tahu kan? agk2nya lh, bila la diri ini akn diizinkan Allah S.W.T untuk menjejakkan kaki dan bersolat di dalamnya..moga dipermudahkan segala urusan hidup ini oleh Yang Maha Esa..amiin..

chicken pox lagi..

hmm..chicken pox ni memang jarang2 org kena..tapi kalau dh ditkdirkan Allah kita nk diuji ngn penyakit ni, lari ke hujung dunia pun x boleh nk elak, betol x?
lepas sorg, sorg lagi lak kena/dijgkiti..
tp alhamdulillah lah diuji ngn chicken pox je..
kalau ngn penyakit yg lbih serius cane? cthny mcm kanser ke..ish,NA'UZUBILLAH..
jadi, kesimpilannya di sini ialah:
1) jaga kesihatan bebaik(jge mkn minum,pastikan yg halal n seimbg,bersenam n cukup tido..)
2)bykkan ibadat pada Allah..
3)bykkn berbuat kebaikan pada diri n org lain..

Saturday, April 25, 2009

DOA uNTUk kEkAsiH HaTi...:)

Wahai Allah Yang Maha Pemurah,
terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya. Terima kasih untuk saat2 indah yang boleh kami nikmati bersama. Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama. Terima kasih untuk saat2 yang lalu. Saya datang bersujud di hadapan-MU, sucikan hati saya Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup saya. Ya Allah, jika saya bukan dari tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan usirlah dia dari relung hati saya. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-MU yang tulus dan murni. Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat. Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya Ya Allah, tolong satukan hati kami. Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan. Yakinkanlah dia bahawa saya sungguh2 mencintai dan rela berkongsi suka dan duka saya dengan dia. Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini. Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-MU. Allah Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat saya. Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya. Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup makin dekat pada-MU, untuk lebih peka terhadap suara-MU yang membimbing saya menuju cahaya-Mu. Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadilah kehendak-MU dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap pemberian dalam hidup saya, amiin...:)

Friday, April 24, 2009

Saidina Umar al-Khatab R.A. berkata:

Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina..
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti akan menyertainya..
Sesiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya akan terjaga..

CiNtAi ILAHI..

Seorang pekebun menanam sejenis pokok bunga di dalam pasu yang cantik. Setiap hari dia akan menyiram pokok bunga tersebut agar ia tumbuh dengan baik.Dibajai pokok bunga itu dengan baja yang terbaik supaya pokok tersebut dapat mengeluarkan bunga yang banyak dan bau harum. Pekebun itu memperuntukkan dua jam dalam sehari untuk membelai pokok bunga itu. Jika terdapat serangga perosak cuba merosakkan pokoknya, segera dia merawat pokoknya itu dan membeli racun serangga. Saban hari, dia cuma memikirkan pokok bunganya dan tertanya-tanya bagaimanakah rupa bunga yang akan dihasilkan.

Suatu hari,impian pekebun itu akhirnya terkabul jua. Pokok bunga itu menghasilkan sekuntum bunga yang amat cantik. Bunganya mempunyai 3 warna dan baunya amat harum mengasyikkan barangsiapa yang menciumnya.

Hari-hari yang berlalu, membawa keceriaan buat si pekebun melihat bunganya yang kembang semerbak.

Tetapi, semakin hari bunga tersebut semakin layu dan layu. Melihat keadaan itu, si pekebun dirundung kerisauan yang amat. Dicubanya sedaya upaya agar bunga itu kekal segar dan harum.

Namun, bunga itu layu jua menjadi coklat kehitaman dan mengeluarkan bau yang busuk. Akhirnya, si pekebun terpaksa membuang bunga itu dengan perasaan yang berbaur. Kemudian si pekebun menanam pokok yang baru bagi menggantikan pokok yang baru..

SO, APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DARI CERITA INI ???

Itulah erti cinta insani seumpama pokok bunga yang ditanam oleh si pekebun itu. Apabila cinta itu disirami perasaan, dibajai dengan sms, dijaga dengan rapi; akhirnya bunga cinta pun bersemi. Membuahkan perasaan yang tidak keruan, kerinduan yang berpanjangan, kelalaian yang merugikan. Perasaan yang mengasyikkan.
Namun disebaliknya, ia memburukkan hati pemiliknya. Menjauhkannya dari dunia nyata dan yang lebih teruk lagi terhakisnya cinta pada Yang Esa.

Cinta insani yang disangka cinta abadi akhirnya terkulai jua kerana tidak dilandasi cinta kepada Ilahi. Yang tinggal hanya perasaan hampa, sedih, sakit, dan pahit bagaikan hempedu.

Cinta pada Ilahi jualah yang kekal abadi selamanya. Biar apa pun yang melanda, tetap Allah jua yang bermukim di hati. Cinta pada-Nya hanya kebahagiaan yang dirasai kerana cinta-Nya membawa kebahagiaan hingga ke akhirat. Cinta pada-Nya meningkatakan martabat dan darjat. Diberikan nur cahaya di wajah. Dikurniakan cinta makhluk-makhluk yang mencintai-Nya. Diganjarkan ganjaran syurga nan abadi.

AYUH CINTAI ILAHI..TAKBIR!..

Thursday, April 23, 2009

SaMa2LAh kIta HayaTi kIsaH iNi..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan itu Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya,
"Apakah syarat-syarat itu wahai Aba Ishak?"

Ibrahaim bin Adham pun berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!"tegas Ibrahim bin Adham.
" Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua,"kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya,
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar."kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersenbunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringi kamu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Monday, April 20, 2009

CHICKEN POX...

Hmm...adik sy diuji ngn dmam cmpak sejak 4 hari yg lalu..
cian bebenor tgok die..
tp..sy x takot duduk dkat ngn die..sbb sy yakin..
kalu sy da ditakdirkn Allah kena dmam cmpk nie..mcm mana sy elak pun,pasti akn kena jugak..betol kn??
dn sy ad dgar owg ckp.. smasa mghadapi sesuatu penyakit tu..kita jgn rasa jijik kt pnyakit tu..wat bese jer..baru x berjgkit..huhu..tp ni sy dgar owg kata la..xtau btol ke x..
tp yg sy dpt dri kata2 nie..kita kena jaga adab kita bla bersama ngn pesakit..:)

Sunday, April 19, 2009

pelik tp benar..huhu

salam.. huhu..
knape kdg2.. bile kita bukak blog sndiri dy x kluar..
diakui..dah lama x update blog ni..huhu..
kt tmpt study xleh bukak blog..tp..bila dh blik umah, boleh lak..huhu..
plik la...

Saturday, March 21, 2009

DARI DR.AIDH ABDULLAH ALQARNI..

  • Senyuman adalah satu sihir yang halal.
  • Senyuman adalah tanda ingin menjalinkan persaudaraan, wang pendahuluan bagi hati yang bersih.
  • Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan melenyapkan bongkah-bongkah permusuhan..
JADI..SENYUM LAH SELALU!! SENYUMLAH SEIKHLAS MUNGKIN KEPADA ORANG YANG KITA SAYANGI..KERANA..MUNGKIN SELEPAS SAAT ITU,KITA ATAU SI DIA MUNGKIN BERPISAH DENGAN DUNIA INI MENUJU ALAM SETERUSNYA..
SELAMAT PAGI!!

Kalau tiba2 ad orang tanya awak 'APA KHABAR ANDA HARI INI??' maka,jawablah......

'LUAR BIASA!!'

PERNAH X AWAK JUMPA ORANG YG JAWAB MCM NI BILA AWK TNYA DY AP KABO??
HEHE..

Saturday, March 7, 2009

2 kehidupan yg berbeza di 2 tempt yg berbeza..




Tau tak apa tempat ni?? da terang lg bersuluh logo ini khas untuk satu tempat yang sangat istimewa dan unik - DARUL QURAN,Kuala Kubu Bharu, Selangor..
kt sinilah sy belajar banyak benda..ap yg kita kena buat, dn ap yg kena kita tinggalkn..
siapa kawan kita..
bagaimana dikatakn seseorang itu adalh SaHaBaT..
bagaimana nk memelihara,mengekalkan dn menguatkan ukhwah yg terjalin..
bagaimana nk menjaga sesuatu yg sangat berharga yg pernah kita miliki sebelum ini..
di sini semuany indah..










ni lak...aii,xkn xtau kot..hehe.. ni logo uia(iium)

10hb 6 2008-hari sy mndaftarkn diri secara sahnya sbagai pelajar uia(dengar mcm gah je..ni bukan main campus lg,baru centre for foundation studies..hee!) tyme tu ramai jiddan manusia..dgn panasny,bisingny..hu..ponat jgk la hari tu..
xbberapa lma,terjumpe lak kwn lama..kwn masa 1 sekolah dulu..dy da 2nd year,yg sy ni bru nk mulakn lgkah kt situ,bru nk belajar survive kt universiti..dn sekarang sy lak yg jd 2nd year..dy lak da abes n da nk g main campus kt kuantan..dy amek pre-medical mse kt cfs..ad lg bebrapa kwn sy yg sama sekolah..xlart deh sy nk nulih ni..hehe..belajar kt universiti ni x leh men-men.bnyk yg perlu kita fikirkn..byk yg prlu kita capai..dn mcm2 lg..jd,kesimpulnny,bila msuk u nnt,score betol2 dr sume aspek,duniawi n ukhrawi..






































Antara sahabat-sahabat sy yg tersayang..


Bila da ad kt umah..mulalah rindukn sahabat-sahabat seperjuanagn..mulalah membayangkan dan mengimbau kembali kenangan indah yg lalu..miss u my friend!

exam da hbis..
cuti panjang lak diharungi..
memanfaatkan sepenuhnya masa yang ad itu x semudah yg disgka pada awalnya..

Menghadapi exam itu satu perjuangan..

Semasa sy dlm fatrah exam,banyak orang yg memberikan semangat agar tabah dan kuat dlm mghadapi exam yg sangatlah 'menensionkn'.. ni lah antara kata-kata semangat yg dimesejkn kpd sy..

Allah doesn't require you TO BE THE BEST, HE just wants you TO GIVE YOUR BEST, and HE WILL TAKE CARE THE REST...bittaufiq wannajah..All the best in your exam..
[amirah 324B]

Dear Allah, please give the person reading this message the best thing in her life.. May You help her in this final exam for the sake of Islam! All the best!
[along usrah munawwarah]

" ALLAH tests us often, for every pain He gives us, so whenever we're down or feel that everything is wrong, it's just ALLAH's way to make our spirit strong "
-selamat berjuang sahabat semua..maaf atas salah silap ana, terkutuk depan,terngumpat belakang,terlajak kata,terkasar bahasa..jangan lupa mohon ampun dari-Nya dan juga parents..semoga kita semua tergolong dalam golongan pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi..amin..
[amali madsom]

' Ya ALLAH, sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku membuat ku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan segalanya untukku. Kerana aku imani, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum terungkap nilainya.." Salam Mujahadah..Kuatkanlah jiwamu, yakinlah pada janji-janji Allah..maa't taufik wannajah
[kak sufi]

Assalamualaikum. Kita akan sentiasa diuji oleh Allah untuk melihat sipakah yang terbaik di kalangan hambaNya..Banyakkan berzikir dan tasbih agar mendapat kemenangan di samping usaha dan doa. Maat taufiq wannajah fil imtihan. Semoga Allah permudahkan..
[kak laili gombak]

Dan di antara mesej-msej semangat ni, tak kurang juga dengan mesej peringatan kepada semua wanita yang bergelar muslimah..
Antaranya:

Jadilah khazanah kerahsiaan..

seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri,

tak mudah didekati,

apatah lagi disentuh,

menjadi idaman sang kumbang walaupun gentar dan sukar dimiliki,

akhirnya hanya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri,
untuk terus mekar di taman keredhaan Illahi..

Sunday, February 22, 2009

Agak2 nama kucing ni apa ya??


Ni la si PUTIH! ibu mithali kepada HIPUNA..hipuna merupakn satu-satunya ank dy yg slmt membesaq dgn baek dn sihat..alhamdulillah..cuba tgok ekspresi muka dy ni..nmpk garang kn??tp kalau dlm loghat org utara org sebut CENGE..cenge sungguh muka dy,kalah tuan dy..kikiki..tp jgn ingt kucing cenge,tuan dy pun cenge gak tau..tuan dy baek2 ja stkt ni..alhamdulillah..unik kn putih ni??satu bdn dy putih,tba2 ja ad setompok hitam kt hujung tu..nmpk dak?? haa..kt situ lah adik sy selalu jadikan tempat untuk wt putih naik angin!dy tu slalu duk pi tekan kt tompok tu tyme putih duk tgah relax2 mkn angin kt luaq..nakai gak adik sy tu..xlarat gk nk tegoq dy..tp kdg2, sy pn tumpg sekaki kacau ketenteraman putih ni..hehehe..bukan pa,kalau sy kacau dy tu, tyme sy 'geram' tgok dy duk elok ja bersantai kt luaq dgn angin sepoi2 bahasanya..,tmbh2 lg,putih ni memg nmpk comey kalau dy duk tgah relax2 mcm tu!hehe...tp memg x elok wt cm tu kn??so,jgn la kacau pet(s) anda kt umah ye!

mai sini nk pekenai kucing2 kt umah..


Yg duk sblah kanan tu..namenyer HIPUNA.. yg duk sblah kiri tu lak namenyer OGY..eh,mcm OGY&the cocroaches lak..hehe tp ogy saya ni lg comey dr ogy dlm tv tu..btoi dk?? hmm..dorang ni memg kwn baek..dr hipuna kecik lg..ogy ni xpdn dgn gemuknyer,betinanyer,lincah sungguh men ngn hipuna yg jantan ni..tyme ogy bunting pun,ad hati lg dy nk men ngn hipuna!nmpk sgt la yg ogy ni kurang matang..wlupn da bergelaq 'ibu'..nasib bek tuan dy tetap matang..hehe..yg pentg skali, kucing2 saya ni tetap comey..(mcm tuan dy jgk..)sbnaq nya ad lg sekoq..nama dy Putih..putih ni ibu kepada hipuna..putih dy CENGE ckit..adik sy yg no. 4 tu suka kacau dy..syok tau wt kucing marah..kikiki..tp better jgn la wt dorg marah..xbaek..ok,cukup kot tntg depa ni..nnt kalau ad gmbaq terbaru,sy buh lg dlm ni...slmt berkenalan ngn OGY,HIPUNA & PUTIH!

Kejayaan..

Remember..
ALLAH doesn't require you TO BE THE BEST,
HE just wants you TO GIVES UR BEST,
and HE will TAKE CARE of THE REST..

Saturday, February 21, 2009

Salam juang wt sahabat ku!

"kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,
maka payah melaluinya,panjang jalannya,
dan banyak rintangannya..."
[Imam Ghazali]

Ingatlah siapa kita sebenarnya..

Bila da'i tidak menjaga hatinya,
maka rosaklah dirinya,
terfitnahlah Islam kerananya,
dan runtuhlah dakwah di tangannya..
SAHABATKU,
kejayaan dakwah
bukanlah terletak pada kepandaian seorang da'i berkata-kata,
tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya.
maka waspadailah hatimu selalu
agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu..
Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta,
ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya..
aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku
selain seorang sahabat yang rohnya menyatu dengan rohku,
dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya
dan ku utamakan dia untuk menerima persahabatan ku ini..
[as-syahid hassan al-banna]
sahabatku,
sesaat matamu berkedip,
ingatlah ALLAH..
sedetik jantungmu berdegup,
ingatlah ALLAH..
sehalus budimu ditabur,
inngatlah ALLAH..
seikhlas hatimu ditaut,
ingatlah ALLAH...
Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,
sentiasa bersama dalam suka dan duka,menegur kesilapan,
memuji kebaikan,menutup keaiban..
tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan,

tatkala bergelap,dialah yang menerangi,
tatkala terkurang,dia lah menambahkan..
beban dipikul bersama,ada waktu diperlukan..
kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,
bertemu dan berpisah LILLAHI...
Di jalanALLAH,persahabatan ini buakn milikku dan bukan jua milikmu,persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia..
kerana DIA lah aku mengenalimu..
dan kerana DIA jua lah yang menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang..moga kekal selamanya..

sesungguhnya aku amat menyayangi sahabat-sahabat perjuangan ku..
D'NAJLAAS, pada mulanya terdiri daripada 16 orang..namun,suatu hari yang hening,kami dipecahkan kerana kelas ini terlalu besar bilangan ahlinya.selepas itu tinggal lah 12 orang jer..kelas tasmi' ini dididik selama 18 bulan di DQ oleh seorang guru yang sangat berdedikasi..iaitu ustazah yang paling kami sayangi dan rindui, USTAZAH NUR SOLIHAH..kehidupan di kelas ini pada mulanya agak biasa..masing-masing buat hal sendiri,kurang perkongsian dari hati ke hati dan tidak memahami antara satu sama lain..namun tiba di suatu pagi yang indah dan damai, kami 1 kelas bersama ustazah tekad untuk melakukan 1 perubahan..kami tekad untuk menganugerahkan gelaran yang comey kepada setiap orang di antara kami seperti gelaran dalam keluarga mengikut besday..akhirnya,sempurnalah task kami..bermula lah panggilan yang comey2 nie..
iaitu..ANGAH,ANDAK,ATEH,ACHIK,ANDAH,ANIQ,
ALANG,ANJE,UDE,UCU,ADEK,&AYANG
..kami hidup seperti sebuah famili yang akrab selepas wujudnya gelaran-gelaran ini..masing-masing da mula memahami satu sama lain,berkongsi masalah dan cuba selesaikan bersama,tertawa dan berduka bersama,makan bersama dan yang paling penting,banyak masa yang kami luangkan bersama walaupun di luar kelas..

kemesraan yang terjalin ini suatu hari diuji ILAHI apabila ADEK mengambil keputusan untuk 'berhijrah' ke luar negara..ANDAK plk nk 'berhijrah' ke pusat pengajian tinggi yang lain setelah sesuatu perkara yang tak disangka-sangka berlaku pada kami semua,terutama skali pada ustazah..sedihnya hati kami ketika itu hanya Allah yang tahu..lalu tinggallah 10 je dlm SYAUKATUN NAJLAH..begitu bnyk yg kmi lalui bersama selama menuntut ilmu di DQ bersama ustazah km yg tersyg..semua itu mngajar km erti ukhwah yg manis,indah,dn mantop..di sini lah jua km belajar bnyk bnda..antaranya: bagaimana nk beradab dgn guru dn sesama sahabat,beradab dgn al-Quran,mcm mana nk conduct jamuan,bekerjasama membantu menyelesaikan masalah2 yang timbul semasa dlm kelas mahupun di luar kelas..segala-galanya bermakna ketika itu..percayalah..sesungguhnya,km smua bersyukur kerana ditakdirkan untuk berada di DQ selama 18n bulan ini..insya-Allah smua ini xmgkin km lupakan..



Ya ALLAH.. hatiku merindui sahabat-sahabat perjuangan,
yang selalu bersama suka dan duka..
eratkan ukhwah kami agar kami sentiasa di jalanMU,
damaikan hati sahabatku,
kerana KAU sebaik-baik PENDAMAI..
uhibbukum fillah..

DARUL QURAN,KUALA KUBU BHARU..

Di sinilah bermula segala-galanya...detik pertemuan yang tidak pernah terlintas di fikiran mahupun di ruangan kalbu..13 januari 2007 merupakan hari kemasukan pelajar baru bagi program persijilan generasi kelapan.. 18 bulan berpijak di bumi yang barakah ini,telah memberi seribu kenangan,pengajaran dan pengertian erti hidup yang sebenar..di sinilah ukhwah kita semua terbina..terutama sekali,ukhwah dalam kalangan D'NAJLAAS..dan juga ukhwah bersama usrati,USRAH MUNAWWARAH..