Sunday, July 19, 2009

ya 'alie7x..alhamdulillah!

ya 'Alie7x..

Alhamdulillah..akhirnya Allah s.w.t mengizinkan diri ini untuk tiba di stesen bas kangar dengan selamat dan saya dapat bertemu, meleraikan dendam kasih saya pada orang yang paling saya sayangi..tak lain dan tak bukan ialah kedua ibu bapa saya..alhamdulillah ya Allah...

Dalam buku karangan akh Akmal El Muhammady yang bertajuk "Merawat Kehidupan dengan Zikir Asma' al- Husna", ada disebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang ingin bertemu dengan orang yang dikasihinya, seperti ibu bapa, isteri,anak-anak atau kekasihnya, hendaklah dia mengucapkan "Ya 'ALIE" beberapa kali di waktu siang, insya-Allah dia akan bertemu dengan orang yang dikasihinya itu.."

99 nama ALLAH ada khasiatnya masing-masing. kita tidak akan tahu kalau kita tidak mencari atau mengkajinya, kan??

Bila kita dah tahu khasiat @ kebaikan yang kita akan perolehi dengan menyebut asma' al-husna ini, maka kita cuba lah sedaya upaya untuk beramal secara istiqamah..

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan??

Kalau kita tidak mampu untuk buat semua, jangan kita tinggal semua, betul tak??

Last but not least, saya nak berkongsi satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah :

" Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu 100 kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka masuklah ia ke syurga ".

masya-Allah!.. :)

No comments:

Post a Comment