BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 24, 2009

sayangkah kita pada Allah?

bismillahirrahmanirrahim..
subhanALLAH walhamduliLLAH walailaha illALLAH wALLAHu akbar..

ALHAMDULILLAH..semalam sy telah diizinkan Allah untuk mendiami salah satu taman syurga yang ada di CFS nie.Nabi s.a.w. ada berkata pada sahabatnya yg berbunyi :
"apabila kamu melalui salah satu dari taman2 syurga,maka singgahlah." lalu sahabat
bertanya, "apakah itu taman2 syurga?" maka Nabi menjawab, "taman2 syurga itu adalah
majlis ilmu."

Dlm taman syurga itu sy telah dengan bersama bidadari yg solehah insya Allah..
sang bidadari itu telah menyampaikan sesuatu ilmu yg amat brharga pd sy dn sahabat2 sy yg lain.. tp sedarlah bahawa sebenarnya Allah yg nak memberikan ilmu itu pada hambaNya..dan bidadari itulah wasilahnya..ALHAMDULILLAH..

"bukan senang nk jadi yg terpilih dan dipilih"

satu soalan diungkapkan ketika itu tetapi brkali-kali oleh bidadari itu..
"Sayangkah kita pada Allah?"selepas sedikit huraian dan penerangan,maka gugurlah butir2 air matanya..katanya:
selama nie, klu mak ayh kita bg barang kt kita, bertambah-tambah lah rasa sayang kita pada mereka..makin kita ingat dn menghargai mereka..
tapi, sedarkah kita bahawa selama ini kita Allah telah berikan berbagai-bagai nikmat yg xterhitung dek mata kasar dn pngiraan oleh akal kita..
tapi apa yg kita balas pada Nya??
muhasabahlah diri kita masing2..
SAYANGKAH KITA PADA ALLAH?
kenapa kita boleh menyampaikan rasa sayang kita sesama manusia atau pun harta kita lebih dr kita sayangkan Allah?
astaghfirullahal'zim...ampunkan dosa2 hambamu ini ya ALLAH..sesungguhnya benarlah kata2Mu yg berbunyi "sangat sedikit hambaku yg bersyukur kepadaku"..
Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk mengingatimu,bersyukur kepadamu dan dalam memperbaiki amalanku..ameen..

"Ku bersyukur pada rahmat MU Tuhan..Kau tunjukkan jalan ku pulang..dan CintaMu bagai air di tandus sahara..membuat ku melepaskan dahaga.."

Monday, December 7, 2009

mid-term vs mid-break

mid-term?
mid-break?
mid-term?
mid-break?
ish...memg susah nk pilih..
last2..
pilih dua2..
amek smua..:)

dlm kelas td, ada seorg sahabat nie..dy bg tazkirah..tentang siapa kita..
siapa kita ya?
kita ni sapa ya?

jawapannya....kita nie adalah HAMBA ALLAH S.W.T...
la ni kita dh tau sapa kita kn?
jadi..berkelakuanlah seperti seorang hamba..
lakukan apa yg disuruhNYA, tinggalkan apa yg dilarangNYA..

sebagai seorang hamba, kita akn sentiasa diuji..ujian yg Allah berikan itu bergantung pada diri kita sama ada nk terima ujian itu sebagai musibah atau sebagai RahmatNYA...

bila kita diuji, kita kena ingat kata-kata Allah nie :

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahalia buruk bagi kamu. Dan
ingatlah, Allah jualah yg mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(al-Baqarah,2:216)

wallahu'alam...

Thursday, November 19, 2009

??....blurr??...

insha-ALLAH3x..
yakin lah dgn apa yg dilakukan di bwh naungan rahmat Allah..
niat yg betul dn ikhlas kerana Allah..
usaha yg bersungguh-sungguh..
doa sokmo..
tawakkal ilALLAH..
insha-Allah berjaya..:)

Friday, October 23, 2009

s0o0 simple..

"astagfirullahallazi la ilaha illa hualhaiyal qaiyuma wa atubu ilaih.." - doa di pagi jumaat..-

(aku memohon keampunan keampunan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup lagi Berdiri dengan sendiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya..)

Kaifiat & Khasiatnya:
Daripada Anas r.a., daripada Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang mengucapkan pada pagi hari Jumaat sebelum solat Subuh(doa tersebut), sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya meskipun banyaknya seperti buih-buih di lautan."

Rasanya doa nie memg dh sebati dgn jiwa setiap muslim itu kn?apatah lagi golongan mukmin dn muttaqin.. jadi,sama-sama lah kita berterusan memohon keampunan dari-Nya kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..:)

Monday, October 19, 2009

segala-gala di dlm tangan-Nya..

Manusia hanya tahu dan boleh merancang..tapi hanya Allah Yang Maha Kuasa berkemampuan untuk menetukan samada sesuatu perancangan manusia itu bakal berlaku ataupun tidak..di sini kita diajar untuk jadi orang yang bersabar dan redha di ats setiap ketentuanNya..

Begitu juga dgn konsep tawakkal..orang selalu misunderstanding tntg konsep tawakkal..tawakal itu memg perlu dn sgt bagus..tp mesti memenuhi syaratnya..sblum tawakkal ilAllah s.w.t.,mstilah berusaha trlebih dahulu..usaha itu plak hendaklah bersungguh-sungguh disertai dgn niat yg betul lillAllahi ta'alaa..insya-Allah usaha dn niat yg murni itu tidak Allah persiakan..igtlah..Allah sgt menyukai hamba2Nya yg bertawakkal..

Namun,haruslah diingati dn diketahui bahawa hamba Allah yg mengaku beriman tidak akn dibiarkan Allah tanpa diuji imannya..skali skala tersungkur,tidak mengapa..kita hanya perlu byk berfikir dan menilai diri kita di mana silapnya..di sebalik ketentuan Allah itu,pasti tersirat hikmahnya yg istimewa..bila kita diuji,itu tandanya Allah masih sayang dan ingat pada kita..:) alhamdulillah..jadilah sepeti cucu Rasulullah yang mana dia masih dalam senyuman ketika rebah dn tersungkur di medan jihad fisabilillah....

Friday, October 16, 2009

muhasabah cinta...

Wahai Pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari-Mu
ku pasrahkan semua pada-Mu..

Tuhan baru ku sedar..
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cinta-Mu..

Kata-kata cinta terucap indah..
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa
biar jadi penawar dosaku..

Butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi
muhasabah cinta ku..

Tuhan kuatkan aku..
lindungi ku dari putus asa
jika ku harus mati pertemukan aku dengan-Mu..

Thursday, October 15, 2009

MeMori terCipTa..


tiba2 hari nie hati ini rindu pada kehidupan yg lalu..tringat pada kata2 dn nasihat ustazah yg sgt sy sayangi..tringat pada sahabat2 yg saling mengasihi dan menyayangi kerana Allah..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti trsirat hikmah yg xternilai..alhamdulillah kerana sy diberi peluang untuk merasai nikmat terindah selama 18 bulan suatu ketika dulu..
Darul Quran..indah namanya..seindah dirinya..