Friday, April 24, 2009

CiNtAi ILAHI..

Seorang pekebun menanam sejenis pokok bunga di dalam pasu yang cantik. Setiap hari dia akan menyiram pokok bunga tersebut agar ia tumbuh dengan baik.Dibajai pokok bunga itu dengan baja yang terbaik supaya pokok tersebut dapat mengeluarkan bunga yang banyak dan bau harum. Pekebun itu memperuntukkan dua jam dalam sehari untuk membelai pokok bunga itu. Jika terdapat serangga perosak cuba merosakkan pokoknya, segera dia merawat pokoknya itu dan membeli racun serangga. Saban hari, dia cuma memikirkan pokok bunganya dan tertanya-tanya bagaimanakah rupa bunga yang akan dihasilkan.

Suatu hari,impian pekebun itu akhirnya terkabul jua. Pokok bunga itu menghasilkan sekuntum bunga yang amat cantik. Bunganya mempunyai 3 warna dan baunya amat harum mengasyikkan barangsiapa yang menciumnya.

Hari-hari yang berlalu, membawa keceriaan buat si pekebun melihat bunganya yang kembang semerbak.

Tetapi, semakin hari bunga tersebut semakin layu dan layu. Melihat keadaan itu, si pekebun dirundung kerisauan yang amat. Dicubanya sedaya upaya agar bunga itu kekal segar dan harum.

Namun, bunga itu layu jua menjadi coklat kehitaman dan mengeluarkan bau yang busuk. Akhirnya, si pekebun terpaksa membuang bunga itu dengan perasaan yang berbaur. Kemudian si pekebun menanam pokok yang baru bagi menggantikan pokok yang baru..

SO, APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIDAPATI DARI CERITA INI ???

Itulah erti cinta insani seumpama pokok bunga yang ditanam oleh si pekebun itu. Apabila cinta itu disirami perasaan, dibajai dengan sms, dijaga dengan rapi; akhirnya bunga cinta pun bersemi. Membuahkan perasaan yang tidak keruan, kerinduan yang berpanjangan, kelalaian yang merugikan. Perasaan yang mengasyikkan.
Namun disebaliknya, ia memburukkan hati pemiliknya. Menjauhkannya dari dunia nyata dan yang lebih teruk lagi terhakisnya cinta pada Yang Esa.

Cinta insani yang disangka cinta abadi akhirnya terkulai jua kerana tidak dilandasi cinta kepada Ilahi. Yang tinggal hanya perasaan hampa, sedih, sakit, dan pahit bagaikan hempedu.

Cinta pada Ilahi jualah yang kekal abadi selamanya. Biar apa pun yang melanda, tetap Allah jua yang bermukim di hati. Cinta pada-Nya hanya kebahagiaan yang dirasai kerana cinta-Nya membawa kebahagiaan hingga ke akhirat. Cinta pada-Nya meningkatakan martabat dan darjat. Diberikan nur cahaya di wajah. Dikurniakan cinta makhluk-makhluk yang mencintai-Nya. Diganjarkan ganjaran syurga nan abadi.

AYUH CINTAI ILAHI..TAKBIR!..

No comments:

Post a Comment