Wednesday, June 29, 2011

2ND Date!

Alhamdulillah..


Hari ni sekali lagi satu jamuan berjaya diadakan. Best tau buat jamuan ni. Kalau kita Penganjurnya, lagi banyak pahala.Yang datang makan pun tak lupa juga nak share makanan diorang. =) 


Sebenarnya, hati kita main peranan yang banyak untuk kita melakukan sesuatu amalan. Hati yang suci akan sentiasa dipelihara Allah dan dibimbingNya untuk sentiasa berbuat kebaikan. Contoh, bila kita tahu bahawa ada kawan kita nak buat kenduri/jamuan amal (contoh: jamu budak2 sekolah atau anak2 yatim), kita pun boleh tumpang buat kenduri walaupun kita tak terlibat dengan kenduri/jamuan tu. Caranya, kita sumbangkan something untuk majlis tu tanpa diorang tahu. Tak kisah nak sumbang apa pun, duit ke, makanan ke, minuman ke..Janji ada sesuatu yang kita sumbangkan. Dalam erti kata lain, 'sponsor'. Bak kata satu pepatah ni, Tangan kanan memberi tanpa tangan kiri tahu.


Seronoknya kalau kita tahu macam2 cara nak banyakkan pahala. Zaman sekarang banyak yang nak banyakkan duit ja. Tak salah banyakkan duit. Janji mulakan dengan niat yang baik. Ingat Allah semasa bertungkus-lumus mencari rezeki. Lagi kita infakkan harta kita ke jalan Allah, lagi Allah tambahkan harta kita. Allah itu Maha Kaya. Kalau Dia tak tambah dari segi harta, cuba perhatikan perkara lain dalam hidup kita. Misalnya, dikurniakan kejayaan yang cemerlang untuk anak2, dijadikanNya anak2 yang soleh, dipermudahkan segala urusan kerja kita dan sebagainya. Semuanya itu hasil berkatnya hidup kita. Tanpa keberkatan dalam hidup, segalanya akan jadi serba tak cukup. Kalau hidup kita berkat, Rm0.20 pun boleh jadi Rm 20.00. Percaya tak? =)


**Dalam hidup ini, kita kena banyak memerhati dan berfikir dengan hati yang tulus. Barulah kita akan nampak betapa Allah itu merahmati dan melindungi kita, SubhanAllah. Betapa Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.** 

No comments:

Post a Comment