Sunday, February 6, 2011

marah??

"Ya Allah..Jika hamba tersasar dari berakhlak mulia, tuntunilah hamba. Berilah petunjuk pada hamba. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. A~miin.."

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita tidak menjaga adab sopan yang dituntut dalam Islam. Perkara sebegini kerap kali berlaku ketika berada dalam keadaan marah, bengang, tak puas hati dan sebagainya. Manusia berinteraksi secara langsung dan berkesan sesama manusia. Masing2 punya mulut sendiri, mata sendiri, telinga dan  hati sendiri. Semuanya befungsi dengan baik,Alhamdulillah. Cuma kadang2 kita terlepas pandang untuk memelihara dan mengawal mereka dengan baik serta mengikut syariat-Nya. Astaghfirullahal'azim..

Biasanya,bila marah, pasti emosi x terkawal. Hati panas membakar seluruh sanubari. Muka merah menyala. Diri menjadi tidak tenang. Ke hulu ke hilir berjalan sambil memarahi orang berkenaan. Mulut lancang berbicara tanpa memikirkan apa yang diucapkan. Syaitan laknatullah pada ketika itu, pasti bergembira dengan kejayaannya menghasut dan mengapi-apikan kemarahan di hati. Pada saat itu, pesan semestinya Nabi dilupakan.

Marah..Satu emosi yang tidak patut dikuasai jika tidak kena pada tempat dan masanya,dan yang paling penting,pada siapa dilemparkan rasa marah itu. Kesedaran diri bila marah sukar sangat untuk dicapai. Maka, banyakkanlah istighfar dan memohon petunjuk dan rahmat Allah bila rasa nak marah. Nilai balik diri sendiri. Teguran tidak semestinya melalui kemarahan. Kemarahan yang tak tentu hala hanya menambah kekusutan dan ketidakharmonian dalam kehidupan. Maka elakkanlah marah yang sebegini. Begitu juga apabila berlaku perselisihan pendapat. Kawal diri, minda dan hati.

"Ya Allah, jauhkanlah hamba dari sifat2 mazmumah dan tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku,A~miin.."

p/s : sekadar luahan pandangan dan rasa di hati~

2 comments:

  1. kadang2, kita buleh jadi marah, dan tak puas hati kerana diperlekeh2kan oleh manusia2 yang tak puas hati melihat segala usaha kita dalam mengaplikasikan amar makruf nahi munkar..

    dan bila tak puas hati, kadang2 selaju laser ia akan menyimpang jauh dari kawalan yang sepatutnya.. :(

    doa2 moga ALLAH memelihara kita dari sifat2 macam tu.. :)

    ReplyDelete
  2. A~miin..insyaAllah,kalau hati kita selalu menyebut nama2 Allah,Allah akn pelihara kita..:)

    ReplyDelete