Monday, September 27, 2010

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

~just sharing with you this article that was taken from iluvislam~

4 comments:

  1. sebenarnya, tak kisah pun apabila ditanya wanita itu pandai masak or tidak.. sebab ada jugak lelaki yang lebih pandai memasak berbanding pasangannya sendiri

    tapi, pada pendapat peribadi, lagi suka sebenarnya si isteri memasak di rumah, takkan la hari2 nak kena makan luar je, takpun tempah pizza.. tak semua tekak tahan dengan makanan luar..

    apa pulak kata anak2 nanti?
    "nape mak tak pandai memasak??"
    nnti nak jawab apa pulak eh sebagai alasan...

    ReplyDelete
  2. mana2 perempuan yg dpt sang suami yg pandai masak mesti sgt bertuah.tp tak semestinya pandai memasak seperti chef.at least tau masak yg basic2.kelebihan ni sgt2 la dpt meringnkan si isteri, tambah2 waktu si isteri selepas bersalin

    normal saja bg seorg lelaki yg inginkan isterinya pandai memasak.mkn di rumah sndiri lebih sedap dn selesa. org perempuan pun sebenarnya kurg minat mkn masakan kedai hari2. naik muak dan mudah dpt penyakit..

    biasanya,klu seorg perempuan tu tak pandai masak,satu hari nnti confirm dia pandai masak jgk .sbb tgn wanita yg Allah kurniakn memg slh satu fungsi besarnya adalah utk memasak.dan insya-Allah,skali dia mula memasak,dia akn semakin mahir memasak..

    ReplyDelete
  3. harap2 macam tu la
    jangankan kerana tekanan kerja, sampaikan nak memasak kat rumah pun rasa malas..
    sudahnya, sampai anak dah besar pun still pesan makanan kat luar..
    kasih sayang sebenarnya bermula dari dalam rumah, bermula dengan masakan ibu.. (betul ke teori ni??) :)

    dan dari satu sudut yang lain, lelaki sebenarnya memang kena memasak in case isteri berada dalam keadaan sakit (lepas bersalin etc), maka inilah tanggungjawab seorang suami untuk memasakkan makanan kepada isteri dan anak2..

    contoh paling baik, ayah ana sendiri, time ibu ana kena tahan kat hospital, walaupun sibuk kerja, dia tetap jugak memasak untuk kami adik beradik, dan jarang membeli makanan dari luar.. :)

    inspirasi dari ayah ana sendiri, sebab tu la ana suka memasak sendiri, walaupun tak amek kos diet..

    ReplyDelete
  4. klu suami isteri dua2 bekerjaya,dua2 kena sling bantu dlm mguruskan perihal rumahtangga. contohnya,balik je dr kerja,si isteri memasak dan si suami tlg basuh baju atau kemaskan rumah.ringan sikit kerja si isteri tu.suami tu pun dpt jdi contoh yg baik untuk anak2..ha,ataupun suami tu tlg kat dapur skali, :)

    masakan ibu memg special.boleh pupuk kasih syg dlm keluarga.ana rasa betul la teori nta tu..sbb setiap anak yg duduk jauh dr famili,bila dia nk balik kg,salah satu perkara wajib yg dia sebut ialah : "rindunya masakan ibu..." kan? :)

    bagusnya ayah nta.mcm ayh ana,dia pun tau masak. byk manfaatnya bila ayah tau masak ni kn? harap2nya nta pun dpt jdi ayh yg serba boleh nnti,insya-Allah..:)

    ReplyDelete