Thursday, December 30, 2010

sejukkk...

SubhanAllah..sejuknya..

Sekarang ni hari2 sejuk..cuma ada 2-3 hari sebelum ni yang panas sikit..tu pun panas yang sedap untuk berjalan kaki ke KOM dan KOS..

Tengah menulis ni pun sejuk bangat! Berjalan ke KOM tadi pun pakai sweater. Dah macam ala-ala duduk kat oversea..haha~

Lagi satu, bila sejuk2 mcm ni, mula la badan jadi malas sikit. Liat je nak ke bilik air. haha~ Air kat bilik air tu rasanya dah mengalahkan air sejuk dalam peti ais tu. Dahsyat kn? 

Hujan..Sejuk..Liat..TIDUR......haha~ Memang sedap tidur tym2 hujan ni..Kalau rumah yang ada aircond,dah tak payah pasang aircond.Switch off je sokmo. Tapi UIA ni lain sikit. Sejuk2 mcm ni, aircond still jalan. Memang sejuk benor! Duduk je kat mana2 pun,misalnya kat kelas, kompem sejuk. Ha, mai sini cek nak cerita satu cerita. 

Ada satu hari tu, cek pi la beli satu ayaq mineral sebotoi. Lepas tu, minum ayaq tu dalam kelas. Bila dah habih kelas, apa lagi, keluaq la kelas dgn botoi ayaq tu. Nak tau apa jadi? Botoi ayaq tu berwap sekeliling dia. Jadi macam baru keluaq dari peti ais! Percaya dak? Ni lah satu bukti yang kukuh untuk mengatakan kelas tu sgt sejuk dgn ek0n dn cuaca yg basah dgn hujan. :) Tu tak pi pegang tangan kawan2 lagi. Sama jugk macam botoi ayaq tadi. SEJUK! ;D

Sejuk ke, panas ke, yang penting kita tetap kena bersyukur dan banyakkan berdoa..Setiap keadaan yang berlaku pada kita pasti terkandung pelbagai hikmah. Sejuk mengajar kita untuk jadi kuat kan? Kita perlu tahu cara memanaskan diri kita dengan semangat yang kental. Contohnya, semangat nak bangun dari tidur untuk solat atau study. Lagi satu, semangat nak pergi bilik air! kuang3~





4 comments:

  1. hoh, semangat ke bilik air yang tak leh bla tu..

    ReplyDelete
  2. Hidayatul Hafidzah bt ZulkifliDecember 30, 2010 at 7:28 PM

    haha~

    dah memg betul..knapa? rasa pelik ke?

    ke serupa je? ;)

    ReplyDelete
  3. tak.. paham2 pun sebenarnya., hehehe..
    serupa tak sama la.. :P

    ReplyDelete
  4. Hidayatul Hafidzah bt ZulkifliDecember 30, 2010 at 10:11 PM

    macam-macam la~

    =)

    ReplyDelete