Saturday, October 16, 2010

~Nawaitu~


Lagu nasyid ni sgt best..bersemangat je bila mendengarnya..hayatilah!

Nawaitu - Rabbani


Antara Niat Dan Manis Bicara 
Satukan Di Dalam Satu Denyutan 
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia 
Kembali Bersemi Insani 

Lafazlah Setulus Hati Nurani 
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati 
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri 
Nawaitu Tuntutan Batin Suci 

Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu 
Renungi Asal Kejadian Dirimu 
Berjalan Tunduk Bukan Erti Kau Kalah 
Tebarkanlah Serata Jiwa 

Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu 
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri 
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam 
Lafazkanlah Sejujur Hati 

Ketelusan Insan sejati 
Mencerminkan Budi Pekerti 
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia) 
Kebenaran Diri Yang Suci 

Hanya Jiwa Tulus Mengerti 
Kemanisan Nawaitu Hati 
Ketenangan Dalam Mencari 
Keredhaan Dari-Mu Tuhan Ku






Tuesday, October 12, 2010

finally final comes..

Bismillahirrahmanirahim..
SubhanAllah,Alhamdulillah,LailahaillAllah,Allahu Akbar..


Lebih kurang 2 minggu lagi semua akn menghadapi peperiksaan akhir semester. Kuatkah aku? Mampukah aku?


Ya Allah, bantulah kami..


Semua orang dah nampak kerisauan dan timbul macam2 perasaan mahupun statement. Takot?.. tak ready lagi?..semangat nk exam?..semangat nk ber'study group'?..semangat nk tingkatkan ibadah?..


Sekarang semua nk jadi satu. Segala benda kalau boleh nak disatukan,nak buat cepat2 sbb nk simpan masa untuk study. Mahallah dah jadi sunyi sepi..Semua org sibuk making their own businesses..


Kat musolla pulak camne? masih ramai mcm sediakala atau sunyi sepi terus?...


Ya Allah,bantulah kami..Peliharalah kami agar dalam menjaga akal dan jasad, kami tidak terlupa sama sekali untuk menjaga hati kami ini. Bukan mudah untuk kami yang bernama manusia untuk terus istiqamah dalam nekad kami..kadangkala kami teralpa dan terlalai dari mengingati-Mu ya Allah.Ampunkanlah kami ya Ghaffar..Berilah hidayah dan taufiq-Mu pada kami untuk kami terus hidup kukuh di jalan-Mu...Allahumma A~miin...

Sunday, October 10, 2010

My iium kuantan..

Jam besar yg paling famous & amos di uia kuantan..;)

Soalan cepu emas : Siapa tak kenal tempat nie? Please repair your long term memory.....~

Di bgunan Kuliyyah of Medicine inilah budak2 kuliyyah medicine dan kuliyyah allhs bersatu..bersatu ker?? (bukan budak2 allhs punya kuliyyah tak siap lg ke?? kitorang tgah tggu bgunan kitorang siap sbnrnya..huhu)

Kat sinilah budak2 allhs belajar..berjalan sini, sana, dan sinun..bertemu dgn pelbagai jenis orang..

Khusus untuk budak2 dietetics, kat sini ada 6 subjek yang kelasnya di sini..
   1. Biochemistry
   2. Human Structure & Function (Anatomy & Physiology)
   3. Nutrition & Health
   4. Bahasa Melayu Lanjutan
   5. Food Preparation 
   6. Developmental Phsycology for Health Science 

Hari2 jalan merentas gurun sahara yg berbatu2 dn batunya besar2...(kasut memg kena latam habis la kt sini..hu)

Tapi, Dr. Nik, my lecturer, kata, berjalan 10000 langkah sehari boleh sihatkan badan. Air kosong tu kena ada di sisi agr badan kita cukup air..x ada la nnti berlaku 'kekeringan'=dehydration. karang x pasai masuk hospital,pengsan sbb dehydration..na'uzubillah...

Best kan belajar kt sini? =) 

Jom kita tgok masjid uia kuantan yg bakal siap by next year,insya-Allah...=D

Antara masjid terbesar di kuantan..

Macam apa ya kalau tgok skali lalu kubah tu?

Tak sabarnya nak tgok masjid nie siap

Ya Allah, bila siapnya rumah-Mu ini,aturkanlah langkah kami kepadanya supaya ia sentiasa diimarahkan dan tautkanlah hati kami untuk sentiasa mendekati-Mu, Allahumma a~miin..



Ni pulak satu tempat yg cantik di uia kuantan..tempat nie nama dia ialah Kuliyyah of Science..

Ada 3 lagi bangunan yg berkepit dgn ia..Kuliyyah of Biological Science, Physical Science and Computational Science(CTS)..

Kat sini budak2 allhs first year belajar subjek UNGS 2030 dgn Dr. Razak..Best!



pomotion flyer yg dibuat sempena IKOD 2010..

Semua aktiviti sempena Iium Kuantan Open Day (IKOD) tahun nie best2 belaka..Alhamdulillah..

Jualan mcm2 ada..

Mcm2 show..yg best nya dpt tgok pertunjukan seni2 pertahanan diri..cth mcm silat cekak hanafi..pastusempat tgok nasyid presented by IQNic, mestika dan dpt tgok tarian zapin johor..

Siapa x keluarkan duit waktu IKOD, memg tak boleh caya la..(ntah2 ada x? ha..budak2 medic yg nk exam kot..)

Ramai gak org luar datang..Semua jenis kaum ada mari..siap beli belah kat gerai I-DeeN lg..:) Ada skali tu, ada sorg customer tu, dia  nmpk mcm x reti ckp melayu,sbb dia mcm mix org putih  ngn cina, jd prepare la nk cakap b.i.. skali dia tanya "ABC ada? letak sirap lebih sikit. nape pakai susu pekat manis? yg special punya letak apa? ais krim eh?" mcm kena tembak je,memg tak tahan...;)

Mcm2 experience dpt bila kita mengusahakan sesuatu kan? :)

Nak crita detail tntg aktiviti IKOD nie memg x habis punya..So, smpai takat ni je la..

Sekian...~
Credit to all I-DEEN's customers, especially to : yaumil (for the lovely pancake that make you addicted to it) and falaha,fatehah,afifah kb,afeefah- for the special ABC i made..=)


Monday, October 4, 2010

Ijazah Sarjana Muda untuk Kakak..:)

Ahad, 03 Oktober 2010, 8.00 pagi-12.30 tengah hari..


Satu hari yang bersejarah buat kakakku, cik Hidayatul Hasanah binti Zulkifli. Alhamdulillah, kini dia telah berjaya bergelar seorang mahasiswa uia yang mendapat ijazah sarjana muda dalam pengajian Bahasa Arab. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Ar-Rahman dan sekalung ucapan tahniah buat kakakku.


Kakak seorang mujahidah. Sememangnya dia memiliki ciri-ciri seorang mujahidah solehah. Rajin, kuat semangat, gigih berusaha dan benar-benar mencintai ilmu. Banyak lagi sifatnya yang menyejukkan hati. Just know her by yourself, and then, you'll know how special her is...:)


Walaupun terasa letih,namun jarang diucapkannya bila yang tersayang berada di sisinya. Hanya kita yang memahami riak wajahnya yang nampak benar-benar keletihan. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Ikhlas dia menemani yang tersayang. Whatever comes, 'family first'. 


Saat dia diuji, pasti dia tidak berhenti-henti berusaha dan berdoa mengharap pada Rabnya yang satu. Perjuangan sebagai seorang muslim tidak pernah selesai sehingga menapakkan kaki di syurga. Ujian yang mendatang banyak mengajarnya erti hidup. Dan dirinya pasti akan menjadi lebih baik,insya-Allah.


Sahabat-sahabatnya sangat menghargai dirinya,Alhamdulillah. Sememangnya aku mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Sebagaimana dia ikhlas terhadap sahabatnya, begitulah jua keikhlasan sahabatnya dicurahkan untuk dirinya.Setiap kebaikan yang dilakukannya pasti akan diberi ganjaran yang terbaik dari Allah. :)


Kakak, adikmu ini sangat menyayangimu! 


convocation day at iium gombak..tahniah kak!! :D

Just for you : A prayer can go where I can't go, through prayer I can be with you without being there..I might be away from you, but my prayers are always with you my dear! :)

Tuesday, September 28, 2010

..sharing is caring..

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.

Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.

Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"

Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…

~one more sharing from iluvislam~
bila terbaca artikel nie, betul2 tringat di saat diri ini sedih,pasti ada yg mendengarnya..pertama skali yg merupakan pendengar dn penenang yg terbaik2,amat2 baik,dan yg paling baik,,iaitu Allah Tuhanku yg Satu...kedua, saudara2 seaqidah dgn ku(waalidaiya,adik-beradik,dan sahabat seperjuangan)....Ya Alah,,terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan ku sendirian mahupun membiarkan diriku keseorangan...Alhamdulillah3x....:)