Ya Allah...mengantuk betul dlm kelas pagi ni..wlupun dah 1000 pergerakan yg dilakukan, still jgk mengantuk..hu
Semlm pulun buat pbl..petang nie kena present 2 pbl..penat gk nie..bukan penat jasad, tp penat minda..
dah la tido lewat, pastu bgun pun lewat gk..huhu memg hari nie agk teruk la performance diri..(dh 2 kali jadi mcm nie,sedih..:(.. )
Esok ada mini test food prep..pastu mlmnya pulak kelas tasmik..modal oh modal..
Hari jumaat nie ada quiz psycho chpter 2..dah la bab2 teori plk tu..keja mghafal je note dia..(jgn sampai jam otak sudah..hu..insya-Allah x jam..=)..)
Ya Allah,bantunilah hamba dn kuatkan hamba...A~miin...
~Luahan hati dlm kehidupan~
Monday, October 18, 2010
Saturday, October 16, 2010
~Nawaitu~
Lagu nasyid ni sgt best..bersemangat je bila mendengarnya..hayatilah!
Nawaitu - Rabbani
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan Erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketelusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan Dari-Mu Tuhan Ku
Tuesday, October 12, 2010
finally final comes..
Bismillahirrahmanirahim..
SubhanAllah,Alhamdulillah,LailahaillAllah,Allahu Akbar..
Lebih kurang 2 minggu lagi semua akn menghadapi peperiksaan akhir semester. Kuatkah aku? Mampukah aku?
Ya Allah, bantulah kami..
Semua orang dah nampak kerisauan dan timbul macam2 perasaan mahupun statement. Takot?.. tak ready lagi?..semangat nk exam?..semangat nk ber'study group'?..semangat nk tingkatkan ibadah?..
Sekarang semua nk jadi satu. Segala benda kalau boleh nak disatukan,nak buat cepat2 sbb nk simpan masa untuk study. Mahallah dah jadi sunyi sepi..Semua org sibuk making their own businesses..
Kat musolla pulak camne? masih ramai mcm sediakala atau sunyi sepi terus?...
Ya Allah,bantulah kami..Peliharalah kami agar dalam menjaga akal dan jasad, kami tidak terlupa sama sekali untuk menjaga hati kami ini. Bukan mudah untuk kami yang bernama manusia untuk terus istiqamah dalam nekad kami..kadangkala kami teralpa dan terlalai dari mengingati-Mu ya Allah.Ampunkanlah kami ya Ghaffar..Berilah hidayah dan taufiq-Mu pada kami untuk kami terus hidup kukuh di jalan-Mu...Allahumma A~miin...

Sunday, October 10, 2010
My iium kuantan..
![]() |
| Jam besar yg paling famous & amos di uia kuantan..;) |
Soalan cepu emas : Siapa tak kenal tempat nie? Please repair your long term memory.....~
Di bgunan Kuliyyah of Medicine inilah budak2 kuliyyah medicine dan kuliyyah allhs bersatu..bersatu ker?? (bukan budak2 allhs punya kuliyyah tak siap lg ke?? kitorang tgah tggu bgunan kitorang siap sbnrnya..huhu)
Kat sinilah budak2 allhs belajar..berjalan sini, sana, dan sinun..bertemu dgn pelbagai jenis orang..
Khusus untuk budak2 dietetics, kat sini ada 6 subjek yang kelasnya di sini..
1. Biochemistry
2. Human Structure & Function (Anatomy & Physiology)
3. Nutrition & Health
4. Bahasa Melayu Lanjutan
5. Food Preparation
6. Developmental Phsycology for Health Science
Hari2 jalan merentas gurun sahara yg berbatu2 dn batunya besar2...(kasut memg kena latam habis la kt sini..hu)
Tapi, Dr. Nik, my lecturer, kata, berjalan 10000 langkah sehari boleh sihatkan badan. Air kosong tu kena ada di sisi agr badan kita cukup air..x ada la nnti berlaku 'kekeringan'=dehydration. karang x pasai masuk hospital,pengsan sbb dehydration..na'uzubillah...
Best kan belajar kt sini? =)
Jom kita tgok masjid uia kuantan yg bakal siap by next year,insya-Allah...=D
![]() |
| Antara masjid terbesar di kuantan.. |
Macam apa ya kalau tgok skali lalu kubah tu?
Tak sabarnya nak tgok masjid nie siap
Ya Allah, bila siapnya rumah-Mu ini,aturkanlah langkah kami kepadanya supaya ia sentiasa diimarahkan dan tautkanlah hati kami untuk sentiasa mendekati-Mu, Allahumma a~miin..
Ni pulak satu tempat yg cantik di uia kuantan..tempat nie nama dia ialah Kuliyyah of Science..
Ada 3 lagi bangunan yg berkepit dgn ia..Kuliyyah of Biological Science, Physical Science and Computational Science(CTS)..
Kat sini budak2 allhs first year belajar subjek UNGS 2030 dgn Dr. Razak..Best!
Monday, October 4, 2010
Ijazah Sarjana Muda untuk Kakak..:)
Ahad, 03 Oktober 2010, 8.00 pagi-12.30 tengah hari..
Satu hari yang bersejarah buat kakakku, cik Hidayatul Hasanah binti Zulkifli. Alhamdulillah, kini dia telah berjaya bergelar seorang mahasiswa uia yang mendapat ijazah sarjana muda dalam pengajian Bahasa Arab. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Ar-Rahman dan sekalung ucapan tahniah buat kakakku.
Kakak seorang mujahidah. Sememangnya dia memiliki ciri-ciri seorang mujahidah solehah. Rajin, kuat semangat, gigih berusaha dan benar-benar mencintai ilmu. Banyak lagi sifatnya yang menyejukkan hati. Just know her by yourself, and then, you'll know how special her is...:)
Walaupun terasa letih,namun jarang diucapkannya bila yang tersayang berada di sisinya. Hanya kita yang memahami riak wajahnya yang nampak benar-benar keletihan. Senyuman sentiasa terukir di bibir. Ikhlas dia menemani yang tersayang. Whatever comes, 'family first'.
Saat dia diuji, pasti dia tidak berhenti-henti berusaha dan berdoa mengharap pada Rabnya yang satu. Perjuangan sebagai seorang muslim tidak pernah selesai sehingga menapakkan kaki di syurga. Ujian yang mendatang banyak mengajarnya erti hidup. Dan dirinya pasti akan menjadi lebih baik,insya-Allah.
Sahabat-sahabatnya sangat menghargai dirinya,Alhamdulillah. Sememangnya aku mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Sebagaimana dia ikhlas terhadap sahabatnya, begitulah jua keikhlasan sahabatnya dicurahkan untuk dirinya.Setiap kebaikan yang dilakukannya pasti akan diberi ganjaran yang terbaik dari Allah. :)
Kakak, adikmu ini sangat menyayangimu!
Just for you : A prayer can go where I can't go, through prayer I can be with you without being there..I might be away from you, but my prayers are always with you my dear! :)

| convocation day at iium gombak..tahniah kak!! :D |
Just for you : A prayer can go where I can't go, through prayer I can be with you without being there..I might be away from you, but my prayers are always with you my dear! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)