Wednesday, July 28, 2010

_Setiap Kali_

setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberian-Mu
kekadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelah ku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepada ku ketabahan
singkapkan ku hikmah segala ketentuan
moga sinar-Mu berikan ku pedoman
hanya pada-Mu segala ketetapan

seandainya diri ini
mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yg terpilih,terpilih hidupku

(Devotees-Setiap Kali)

muhasabah diri boleh dilakukan bila2 masa shj. tak percaya?
cubalah sendiri..just asking yourself..
cth : hari nie dah berapa kali aku ucapkan 'astaghfirullahalazim'? brapa kali dah aku memuji penciptaku? adakah aku rasa bersyukur stiap kali bangun dari tidur?

Mulakan muhasabah diri dengan perkara2 simple dulu..dan insya-Allah lepas tu,hati kita akn terus dlm perhatian Yang Maha Penyayang, Pengasih, lagi Maha Pengampun..insya-Allah..

Pencipta kita Yang Maha Agung sentiasa merahmati hamba2Nya yang sentiasa berusaha untuk mencari jalan pulang. Bersangka baiklah terhadap-Nya setiap masa. Yakinlah dengan setiap ketentuan dan ketetapan-Nya. Pasti ada hikmah yg tersingkap di sebaliknya..

Yakinlah,apabila kita diuji dengan sesuatu kejadian,sesungguhnya kita di dalam perhatian kasih sayang Yang Maha Esa. Kita adalah insan yang benar2 terpilih di antara hamba2Nya di dunia ini..masyaAllah..subhanAllah..

jom sama2 kita muhasabah diri! =)

No comments:

Post a Comment