Monday, October 25, 2010

::cerita::

Pada suatu petang, dalam pukul 5-7 ptg, seorang muslimah yang bernama Wan masuk ke dalam sebuah rumah. rumah itu didaftarkan atas nama dia. rumah itu pernah dijadikan rumah sewa beberapa tahun dahulu. namun,sejak tahun lepas, rumah itu dibaiki @ di-renovate semula. dan sejak itu juga rumah itu tidak lagi disewakan pada orang dan dijadikan tempat persinggahan bagi Wan dan keluarganya beristirehat apabila keluar ke bandar. specialties rumah ni ialah :

1. kedudukan yg strategik..duduk kt tgah2 bandar.so senang sgt klu nk shopping..

2. 2 tingkat, 3 bilik. 1 di bawah, 2 di atas. 2 bilik air, 1 kat ats,1 kat bwh. 1 dapur  
    kecil, 1 ruang tamu kecil..muat untuk tempatkan 1 kereta dn beberapa motor, dn 
   1 famili kecil tinggal di dlmnya..

3. harga sebuah rumah ni murah. tp bila kena renovate,byk pula duit yg lebur..

Dah boleh bayang kan rumah nie mcm mana?~

Ok, sambung balik crita td..

Selapas siap renovate, wan ngn famili dia tinggal di rumah itu selama lebih kurg 3-4 bulan. bahagia, namun ada juga gelora yg melanda di tengah2nya. biasalah, bahtera hidup mana tidak dipukul geombang? selepas tu, rumah tu ditinggalkan..bermula dgn sehari ditinggalkan..kemudian, sminggu..2 minggu..3 minggu...sebulan..2 bulan...

Wan dengan seorang dirinya masuk ke dalam rumahnya. beranikan diri,mulakan lgkah dengan basmalah dn salam. masuk perlahan-lahan....

Dilihatnya keseluruhan tingkat satu rumah itu. tiada perubahan drastik yg berlaku..(dah nama pun rumah yg ditinggalkan setelah sekian waktu..) terus melangkahkan kakinya ke dapur dan seterusnya ke bahagian laman belakang..stil same,except quite smelly because of the activity of city's rats..city's rats are big you know?? all the things in the first level tersusun macm mana saat mereka ditinggalkan..

Setelah usai melihat di tingkat 1, tibalah masanya nk check tingkat dua... 

Sebaik sahaja menapakkan kaki di anak tangga yang pertama, wan tiba-tiba diserbu oleh satu rasa gerun yang amat menyejukkan dan meremangkan seluruh badan wan. wan berasa amat pelik sekali. wan lantas kekurangan keberanian sebentar lalu langkahnya dihentikan..wan berbisik di hatinya,

" tak boleh jadi ni. kena betulkan balik keadaan rumah ni agar kembali seperti biasa."

Maka, wan meneruskan langkah menaiki satu persatu anak tangga rumahnya. sebaik sahaja sampai di bilik di atas, wan lantas membuka pintu kedua-dua bilik tersebut seluas-luasnya dan membuka lampu pendaflour bilik tersebut. sejurus selesai, wan turun mendapatkan radio dan dibawanya naik ke atas. Wan terus memasang kaset yang mengandungi alunan ayat2 suci Al-Quranul Kareem sekuatnya hingga mampu memenuhi keuda-dua bilik tesebut. Alhamdulillah, hati wan menjadi tenang, dan tiada lagi rasa gerun yg dirasainya tadi.

:) Kesimpulan dari cerita ini ialah :

~ jika anda memiliki lebih dari 1 rumah, maka hendaklah rumah itu dihidupkan dalam 2-3 kali seminggu.paling koman skali seminggu. 

~jgn meninggalkan sesebuah bangunan kosong lebih dari 40 hari. pernah dgr kan pesanan mcm ni?

~ kuatkan semangat bila berdepan dengan sesuatu masalah, bukan melarikan diri seperti kanak2 yg ketakutan..

~wallahua'lam~ =)

1 comment:

  1. mcm ada kaitan dgn bangunan Allied yang bakal siap x lama lg je~
    hihi...

    ReplyDelete