Sunday, January 23, 2011

macam2 dalam 1..



Seminggu ni, IIUM Kuantan meriah dengan sorakan gemuruh dari penyokong2 pasukan masing2. Tiap2 petang dan malam sorakan pasti bergema dan dapat didengari hatta di bilik pun. Dahsyat kan? Manusia ni, kalau buat sesuatu dengan bersungguh2, pasti jadi hebat dan bersemangat. Kalau bersungguh2 la...


Emm..Minggu ni dan minggu depan seterusnya seminggu lepas cuti, midterm berjalan. Semua pakat dok pulun study. Kadang2 tu meremang bulu roma tengok kawan yang kat mana2 pun dia baca buku. Huish...gerun! Tapi, itulah usaha kesungguhan dia dalam study kan? Tahniah! :) Dalam menuntut ilmu ni mana boleh ada rasa jemu...




Dalam kita sibuk2 main game interkuliyyah, study, buat assingment, prepare for presentation, ujian Allah pada hambaNya tetap ada. Khas untuk hambaNya yang terpilih sahaja pada waktu sekian, tempat sekian, dan hari sekian. Semua ujian Allah pada kita mematangkan kita. Allah nak bagi sesuatu hikmah yang sangat bernilai pada kita melalui ujianNya. Kan? Kadang2 mungkin kita tak sedar bahawa kita kekurangan sesuatu atau lemah dalam part2 tertentu, atau kurang mantap dalam sesuatu bidang. Jadi, Allah nak ajar kita dengan memberikan sedikit ujian pada kita dan kita kena solve ujian tu. Percayalah, dalam setiap ujian itu, Allah sebenarnya dah bagi solution nya kat kita. Cuma kita ja kena mencari dengan merujuk pada Dia. :)


Sedikit perkongsian (boleh kata luahan jugak kot) untuk minggu ni dan minggu2 yg akan datang...:) walaupun tak banyak yang dikongsi di sini, moga ada lah manfaat yang dapat diambil dari post kali ni. Insya-Allah..:)


p/s:Tukar mode kejap..;)

No comments:

Post a Comment