Sunday, January 16, 2011

Mula-Akhir-Selamanya..

Malam ni ada closing CAMPRO..Setelah lama berlangsung, akhirnya sampai ke penamat. Tapi perjuangan dalam Islam takkan pernah tamat di atas muka bumi Allah ini,kan? :)


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran kecuali kehidupan di syurga Allah yang kekal abadi selamanya. :)


Ramai yang ingin masuk syurga. Syurga yang mana? Ke berapa? Rasanya ramai yang tidak jelas tentang ni. Matlamat kita mesti jelas kan dalam apa pun yang kita lakukan. Misalnya bab munakahat. Senang cerita, bab kahwin lah. Sebab baru je dengar Talk on Cinta "LET'S GET MARRIED". ^_^


Ustaz Ridhauddin kata, nak berkahwin,mesti kena ada matlamat yang jelas. Kenapa kita nak berkahwin. Ke mana perkahwinan kita. Endingnya bagaimana.


Ustaz menyatakan, ending sesebuah perkahwinan adalah Islam. Malah, sebenarnya kita ini telah mempunyai pasangan hidup masing2. Kita sebenarnya telah berkahwin dengan Islam sejak lahir lagi. Dalam erti  kata lain, Islam ialah isteri pertama kepada seorang muslim. Islam ialah suami pertama kepada seorang muslimat. Banyak pasangan baitul muslim yang ingin sehidup semati. Tapi adakah sampai di situ sahaja then habis macam tu je? Mesti lah kita nak sampai syurga kan? Tapi takkan syurga saja? Syurga ada 8 pintu. Nak masuk ikut pintu mana? So, marilah sama2 meletakkan ending perkahwinan kita untuk sampai ke Syurga Firdaus. Dengan ending yang sebegini, insyaAllah kita akan bahagia dunia dan akhirat.


"Abang tunggu ayang di syurga Firdaus" antara ucapan yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Real story. SubhanAllah.  (n_n)

1 comment:

  1. >betul2.

    >matlamat kita kena jelas dalam apa pun yg kita buat.

    >cthnya, siapa kita 10 tahun akn dtg? di mana kita masa tu? apa yg kita lakukan?

    > =)

    ReplyDelete