"AKU SAYANG UMMI,
UMMIKU SAYANG UMMI,
SAYANG SAYANG UMMI,
UMMIKU SAYANG..'
Tetiba ternyanyi lagu nie sorang2. Tup,tup, orang kat sebelah pun ikut nyanyi bersama.:)
31 Ogos merupakan hari yang bermakna buatku. Satu masa dahulu pada tarikh yang sama dengan hari ini,ibuku telah selamat dilahirkan oleh ibunya. Anak kedua dari enam. Sama pula dengan ayahku yang juga anak kedua.:) Kedua-duanya anak jati perlis.:)
Jasa dan pengorbanan ibu tidak mungkin dapat kita balas. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik untuk mereka dan banyakkan berdoa untuk mereka.
Ibu bapa hanya satu seumur hidup. Hilangnya mereka tiada gantinya. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi anak tercinta. Sungguh,aku amat2 menyayangi mereka.
"Selamat Hari Lahir Ummi. Sanah Helwah Ummi. Bangganya jadi anak ummi. Bertuahnya memiliki Ummi sebagai ibu. Uniknya tarikh lahir Ummi kerana satu negara ini secara tidak langsung menyambut hari kelahiran Ummi.:) Moga Allah memberikan segala yang terbaik buat Ummi. Semoga Allah sentiasa merahmati lagi memberkati hidup Ummi dunia dan akhirat. Moga Ummi bahagia hidup di dunia dan juga di akhirat sana. Moga kita dapat berjumpa di jannah-Nya..A~miin.."
Tuesday, August 31, 2010
Wednesday, August 25, 2010
cantiknya seorang wanita :)
CANTIK SEORANG WANITA ITU…
Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis,
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik.
Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantik seorang wanita itu sebagai hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri pada kederhakaan.
Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.
Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persetongkolan ipar duai.
Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak di kala suami menyulam mimpi.
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbiya' buat cucu-cicit.
Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.
dan
Cantik seorang wanita itu sebagai aqidah solehah
mengandam rindu kekasih, pasrah di atas sejadah.
~perkongsian artikel yang dijumpai..~
> proud to be muslimah solehah,insya-Allah! :)
Saturday, August 21, 2010
forheart-perlukah
“ sapa la yang Nuri leh ngadu g ea?..hu ngn Die pun Nuri masih perlu gk sseorg..hu”
Beginilah kata-kata seorang insan yang dilanda ujian lalu kesedihan menyelubungi hatinya. Pada ketika ini, dirinya berasa amat lemah. Namun Nuri tidak dapat berkongsi masalah yang dihadapinya. Ayuh Nuri, ceritakan padaku apa yang telah berlaku agar ku bisa mengerti dan berkongsi kesedihanmu. Ceritakanlah agar ku bisa menenangkan hatimu dan memujukmu. Ayuh sayangku Nuri!
Dan seketika kemudian, Nuri menghantar mesej kepadaku.
“ Nuri sedih Fifi..hu Nuri xkuat..kes ni sme cm kt sume tmpt Nuri blaja..hu kt cni Nuri diuji dgn rumates..hu Nuri tertekan Fifi..hu Nuri rase nk lari p mane2 je..hu Nuri btol2 rase lemah..hu Nuri tertekan..hu ”
Daripada mesej Nuri ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Nuri sangat sedih,lemah dan tertekan. Apalah yang dapat dibantu oleh sahabatnya yang jauh dari dirinya. Sungguh, Fifi dapat rasakan Nuri menangis sendirian di kamarnya. Pedihnya hati ini kerana tidak dapt bersamanya ketika dia kesedihan,Allah..
“Ya Allah, bantulah Nuri, tenangkanlah hatinya..kuatkanlah semangatnya..berilah petunjuk kepadanya..janganlah meninggalkan dia sendirian Ya Allah…sungguh,dia amat memerlukan rahmat dan pertolongan dariMu,Ya Rahman,Ya Rahim..A~miin..”
“Ya Allah, bantulah Nuri, tenangkanlah hatinya..kuatkanlah semangatnya..berilah petunjuk kepadanya..janganlah meninggalkan dia sendirian Ya Allah…sungguh,dia amat memerlukan rahmat dan pertolongan dariMu,Ya Rahman,Ya Rahim..A~miin..”
menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni
perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni
perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
Wednesday, August 18, 2010
..tangisan dan kebahagiaan..
![]() |
| sahabat itu takmil wa istikmal..:) |
Alhamdulillah yang teramat kerana hamba ini telah terpilih untuk bersamanya di saat dia memerlukan seseorang untuk berkongsi kesedihannya,Alhamdulillah..:)
Kalau difikirkan, mungkin diri ini tidak mampu memujuk dan menyejukkan hatinya. Tapi diri ini cuba sedaya upaya untuk berkongsi segalanya dengan dia kerana diri ini menyedari bahawa dia sangat istimewa. Satu cara yang terbaik untuk membantu sahabatku ini ialah dengan menjadi pendengar yang setia. Banyak je kan orang buat macam ni bila sahabat kita ingin meluahkan sesuatu pada kita? Alhamdulillah,akhirnya kesedihannya berlalu pergi dan senyumannya kembali bersemi lagi..Hati ini bersyukur yang amat bila melihat wajah ceria sahabatku itu. Senyumannya itu ibarat pelangi yang dirindui..
Impianku pada sahabat2ku adalah ingin melihat mereka sentiasa bahagia. Nak tahu kenapa? Sebabnya bila mereka bahagia, diri ini juga akan turut bahagia..insya-Allah..:)
Apa sahaja ujian yang mendatang dalam hidup ini, hadapilah dengan sabar dan banyakkan berdoa pada-Nya..
" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan solat.Sungguh, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."
(al-Baqarah, 2:153)
Subscribe to:
Posts (Atom)



