Tuesday, August 31, 2010

Anugerah Terindah..

"AKU SAYANG UMMI,
UMMIKU SAYANG UMMI,
SAYANG SAYANG UMMI,
UMMIKU SAYANG..'

Tetiba ternyanyi lagu nie sorang2. Tup,tup, orang kat sebelah pun ikut nyanyi bersama.:)

31 Ogos merupakan hari yang bermakna buatku. Satu masa dahulu pada tarikh yang sama dengan hari ini,ibuku telah selamat dilahirkan oleh ibunya. Anak kedua dari enam. Sama pula dengan ayahku yang juga anak kedua.:) Kedua-duanya anak jati perlis.:)

Jasa dan pengorbanan ibu tidak mungkin dapat kita balas. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik untuk mereka dan banyakkan berdoa untuk mereka.

Ibu bapa hanya satu seumur hidup. Hilangnya mereka tiada gantinya. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi anak tercinta. Sungguh,aku amat2 menyayangi mereka.

"Selamat Hari Lahir Ummi. Sanah Helwah Ummi. Bangganya jadi anak ummi. Bertuahnya memiliki Ummi sebagai ibu. Uniknya tarikh lahir Ummi kerana satu negara ini secara tidak langsung menyambut hari kelahiran Ummi.:) Moga Allah memberikan segala yang terbaik buat Ummi. Semoga Allah sentiasa merahmati lagi memberkati hidup Ummi dunia dan akhirat. Moga Ummi bahagia hidup di dunia dan juga di akhirat sana. Moga kita dapat berjumpa di jannah-Nya..A~miin.."

No comments:

Post a Comment