Thursday, August 12, 2010

1 Ramadhan :)


Bila Ramadhan tiba, banyak kenangan2 silam menerpa ke ruang fikiran. Terasa 1001 macam perasaan tatkala mengimbau kenangan2 lalu. Yang manis pun ada, yang pahit pun ada. Berkaitan 1 Ramadhan, sudah pastinya teringat pada suasana hari pertama solat tarawih, bersahur dan berbuka bersama keluarga. Masih teringat dan seakan terngiang-ngiang di gegendang telinga ini suara umi dan abah yang ulang-alik mengejutku bangun sahur.(kat rumah dia jadi liat sikit nak bangun sebab tau dah ada orang akn kejut, s0 boleh tidur lebih sikit,hehe)
cara abah ku kejut bangun sahur memang unik dan kelakar..kadang2 mungkin terasa sedikit marah pun ada.nak tau ke apa yang dilakukan oleh abah??geng3..biarlah rahsia..kuang3...

Dari bilik bila dah bangun pasti sayup-sayup kedengaran bunyi kuali atas api. Meriah je bunyinya. Dan bau yang menaikkan selera itulah yang mempercepatkan langkah kaki semua orang ke dapur..;) yang paling tak tahan bila bertembung kat depan pintu bilik air. Macam-macam jenis rupa ada, yang monyok, berjalan dengan mata tertutup, menggaru-garu dan yang sewaktu dengannya..haha..kelakar betul la..(al-maklumlah,macam tu lah rupa dan ragam selepas kena kac0 dari  mimpi2 indah lagi adventurous..hihi)

Selepas teringat kat rumah, baru tersedar bahawa diri ini tidak akan mampu untuk bersama keluarga tercinta pada 1 Ramadhan..

Rindunya Tarawih di masjid DQ..moreh dia pun bez..hehe
Kenangan lain yang berkaitan dengan 1 Ramadhan ialah Fastrain 1 di Port Dickson. Di situlah disambut 1 Ramadhan 1430 bersama keluarga FRC dan sahabat2 yang lain. Sangat best. Bersama sahabat2 lain perasaannya. Ukhwah fillah yang terjalin makin erat tertaut antara hati2 kami. Di musolla sana kami sama2 mendirikan solat sunat tarawih dan bersahur. Berbuka di CFS, tak sempat kat sana sebab pukul 2 dah kena balik ke CFS. Kami dapat mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ayah FRC, ustaz Nadzri.=) Alhamdulillah, semua ini memang satu kenangan yang indah..

Saat sampai waktu berbuka, pasti akan teringat pada keluarga di rumah. Mereka berbuka dengan apa, dah ready ke belum, sunyi ke rumah...jauh bezanya ketika semua adik-beradik di rumah dulu. Meriah. Semangat. Gembira. 

Time nak tarawih, mesti semua duk sibuk,cepat2 siap nak ke masjid. Semangatnya rasa. Manis bangat. 

Usai Isya' dan Tarawih, rehat di rumah, duduk skali di satu ruang sambil bercakap-cakap. Sambil makan moreh buatan sendiri..hehe.

Klu macam dah lewat malam, kompem umi akan keluarkan 'perintah berkurung'..perintah suruh tidur sebenarnya. Tak nak sahur esok liat lagi.hehe..

Semua orang ada kenangan dia sendiri kan? Dan kenangan tu macam2 jenis,rasa,dan rupa kan? =)
p/s : Hargailah orang tersayang di sisi anda selagi mereka masih di sini..=) Doakan mereka..=)


No comments:

Post a Comment