Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan yang diRindui...

Alhamdulillah..Ramadhan yang dirindui tiba lagi dengan penuh rahmat dari Yang Esa..

Alhamdulillah kerana ketibaan Ramadhan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran..lihat sahaja di masjid dan musolla, para muslimin dan muslimat bersatu mendirikan solat  fardhu dan sunat tarawih berjemaah..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bersama Ramadhan tahun ini...belum tentu lagi kita akan menemui Ramadhan pada tahun hadapan..hargailah kedatangannya..

Alhamdulillah...kerana para mujahidin masih dan bertambah semangat untuk terus berjihad di jalan Allah...

Alhamdulillah kerana Ramadhan kali ini ditanamkan azam dan tekad yang utuh dalam diri setiap insan..

Alhamdulillah kerana banyak pendekatan tarbiyyah yang dilakukan untuk sama-sama menguatkan aqidah seorang muslim...

Alhamdulillah atas segala-galanya Ya Allah...

::Sabda Nabi::

"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keimanan, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu."  (Riwayat an-Nasa'ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Ya Allah, engkau telah sampaikan kami pada Ramadhan kali ini..maka Engkau sampaikanlah kami pada Lailatul Qadar-Mu..a~min...

No comments:

Post a Comment