Wednesday, August 25, 2010

cantiknya seorang wanita :)

 CANTIK SEORANG WANITA ITU…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis,
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir memekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu sebagai hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri pada kederhakaan.

Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persetongkolan ipar duai.

Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak di kala suami menyulam mimpi.

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menyaring teladan para anbiya' buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.

dan
   
      Cantik seorang wanita itu sebagai aqidah solehah
      mengandam rindu kekasih, pasrah di atas sejadah.


~perkongsian artikel yang dijumpai..~

> proud to be muslimah solehah,insya-Allah! :)
 

No comments:

Post a Comment