![]() |
sahabat itu takmil wa istikmal..:) |
Alhamdulillah yang teramat kerana hamba ini telah terpilih untuk bersamanya di saat dia memerlukan seseorang untuk berkongsi kesedihannya,Alhamdulillah..:)
Kalau difikirkan, mungkin diri ini tidak mampu memujuk dan menyejukkan hatinya. Tapi diri ini cuba sedaya upaya untuk berkongsi segalanya dengan dia kerana diri ini menyedari bahawa dia sangat istimewa. Satu cara yang terbaik untuk membantu sahabatku ini ialah dengan menjadi pendengar yang setia. Banyak je kan orang buat macam ni bila sahabat kita ingin meluahkan sesuatu pada kita? Alhamdulillah,akhirnya kesedihannya berlalu pergi dan senyumannya kembali bersemi lagi..Hati ini bersyukur yang amat bila melihat wajah ceria sahabatku itu. Senyumannya itu ibarat pelangi yang dirindui..
Impianku pada sahabat2ku adalah ingin melihat mereka sentiasa bahagia. Nak tahu kenapa? Sebabnya bila mereka bahagia, diri ini juga akan turut bahagia..insya-Allah..:)
Apa sahaja ujian yang mendatang dalam hidup ini, hadapilah dengan sabar dan banyakkan berdoa pada-Nya..
" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan solat.Sungguh, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."
(al-Baqarah, 2:153)
menjadi pendengar setia adalah lebih senang berbanding menjadi kaunselor tak bertauliah..
ReplyDeletekisah nti mengingatkan ana pengalaman di CFS dahulu..huhuhu..
kisah pasangan yang clash, dua2 merujuk kepada ana, sampaikan ana naik pening nak setelkan yg mana satu.. :)