Wednesday, August 18, 2010

..tangisan dan kebahagiaan..



sahabat itu takmil wa istikmal..:)
Hari ini seorang sahabat telah menangis di bahuku. Mula-mula diri ini tidak perasan perasaannya kerana dia datang kepadaku dalam keadaan yang gembira dengan gayanya ingin bercerita tentang sesuatu yang kelakar. Maka diri ini cuba memberikan respon yang terbaik kepadanya. Akan tetapi, selepas lebih kurang 30 saat, sahabatku ini terus terdiam dan menyembapkan muka pada bantalku.. Dan di situ alhamdulillah diri ini dapat melihat butiran air matanya yang mula mengalir keluar. Lalu sahabatku ini terus cepat-cepat memalingkan mukanya dari berhadapan denganku..Dan ketika itu aku hanya mampu membelainya dan memujuknya agar bersabar..(sebabnya diri ini masih tak tahu puncanya..)  

Alhamdulillah yang teramat kerana hamba ini telah terpilih untuk bersamanya di saat dia memerlukan seseorang untuk berkongsi kesedihannya,Alhamdulillah..:)
Kalau difikirkan, mungkin diri ini tidak mampu memujuk dan menyejukkan hatinya. Tapi diri ini cuba sedaya upaya untuk berkongsi segalanya dengan dia kerana diri ini menyedari bahawa dia sangat istimewa. Satu cara yang terbaik untuk membantu sahabatku ini ialah dengan menjadi pendengar yang setia. Banyak je kan orang buat macam ni bila sahabat kita ingin meluahkan sesuatu pada kita? Alhamdulillah,akhirnya kesedihannya berlalu pergi dan senyumannya kembali bersemi lagi..Hati ini bersyukur yang amat bila melihat wajah ceria sahabatku itu. Senyumannya itu ibarat pelangi yang dirindui..

Impianku pada sahabat2ku adalah  ingin melihat mereka sentiasa bahagia. Nak tahu kenapa? Sebabnya bila mereka bahagia, diri ini juga akan turut bahagia..insya-Allah..:)

Apa sahaja ujian yang mendatang dalam hidup ini, hadapilah dengan sabar dan banyakkan berdoa pada-Nya..

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan   
   sabar dan solat.Sungguh, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."     
   (al-Baqarah, 2:153) 

" Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan."  (al-Mukmin, 40:6)                                               

Jadilah ruh yang bahagia sahabatku..bahagiakanlah hatimu..mohonlah kepada-Nya agar sentiasa diberi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat yang kekal abadi..a~miin...

1 comment:

  1. menjadi pendengar setia adalah lebih senang berbanding menjadi kaunselor tak bertauliah..

    kisah nti mengingatkan ana pengalaman di CFS dahulu..huhuhu..

    kisah pasangan yang clash, dua2 merujuk kepada ana, sampaikan ana naik pening nak setelkan yg mana satu.. :)

    ReplyDelete