Saturday, August 21, 2010

forheart-perlukah







“ sapa la yang Nuri leh ngadu g ea?..hu ngn Die pun Nuri masih perlu gk sseorg..hu” 

Beginilah kata-kata seorang insan yang dilanda ujian lalu kesedihan menyelubungi hatinya. Pada  ketika ini, dirinya berasa amat lemah. Namun Nuri tidak dapat berkongsi masalah yang dihadapinya. Ayuh Nuri, ceritakan padaku apa yang telah berlaku agar ku bisa mengerti dan berkongsi kesedihanmu. Ceritakanlah agar ku bisa menenangkan hatimu dan memujukmu. Ayuh sayangku Nuri!

Dan seketika kemudian, Nuri menghantar mesej kepadaku.
“ Nuri sedih Fifi..hu Nuri xkuat..kes ni sme cm kt sume tmpt Nuri blaja..hu kt cni Nuri diuji dgn rumates..hu Nuri tertekan Fifi..hu Nuri rase nk lari p mane2 je..hu Nuri btol2 rase lemah..hu Nuri tertekan..hu ”

Daripada mesej Nuri ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Nuri sangat sedih,lemah dan tertekan. Apalah yang dapat dibantu oleh sahabatnya yang jauh dari dirinya. Sungguh, Fifi dapat rasakan Nuri menangis sendirian di kamarnya. Pedihnya hati ini kerana tidak dapt bersamanya ketika dia kesedihan,Allah.. 
“Ya Allah, bantulah Nuri, tenangkanlah hatinya..kuatkanlah semangatnya..berilah petunjuk kepadanya..janganlah meninggalkan dia sendirian Ya Allah…sungguh,dia amat memerlukan rahmat dan pertolongan dariMu,Ya Rahman,Ya Rahim..A~miin..”

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

No comments:

Post a Comment