Sunday, August 8, 2010

[-senyum di pagi hari-]

"senyumlah apabila anda bangun dari tidur.."

Banyak kali kita mendengar ayat begini. Terutama daripada pakar motivasi. Senyum pada diri sendiri dapat menaikkan semangat untuk memulakan hari sendiri. Mungkin agak pelik sebaik sahaja bangun dari tidur, kita terus tersenyum sendiri. Ia menjadi pelik mungkin jika kita senyum tanpa sebab dan punca. Sebenarnya, senyum di pagi hari yang dimaksudkan ialah senyuman yang dikuntumkan dengan mengingati sesuatu yang membuatkan kita tersenyum. Senyum tanpa kehadiran rasa di hati mungkin tidak dapat menaikkan semangat. 

Kesimpulannya, pastikan setiap hari yang anda lalui mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang mana apabila anda mengingatinya esok pagi, anda akan tersenyum kerananya. =)

Pastikan jua anda terus bersemangat untuk melalui hari itu dan hari-hari selepasnya. Hadapilah cabaran yang mendatang dengan sabar dan kuat. Bak kata pepatah ini;

"No gains without pains" (Ben Franklin)

Berusahalah untuk mencapai impian kita kerana "Dream become reality when we keep our commitment to them"-Judy Wardell Halliday.

~sekadar perkongsian bersama~

5 comments:

  1. senyum itu ibarat bahan polish yang mampu menyinarkan kereta, walaupun kereta itu kereta lama.. :)

    comel kucing dalam cawan tuh..
    hehehehe..

    ReplyDelete
  2. betul3..jadi senyum la selalu supaya kereta lama tu sntiasa nmpk baru..jimat fulus n tenaga, xpyh nk polish selalu..;)

    memg kucing tu comel..:)

    ReplyDelete
  3. memang dah minat pada kereta lama..
    olskool la katakan..
    :)
    tu yg teringat nak buat analogi pasal kereta..

    nice~

    ReplyDelete
  4. jarang jumpa orang yang minat pada kreta2 lama nie..ada x impian nk buat koleksi kereta2 lama? :)

    atau pun bukak muzium sendiri..hehe~

    ReplyDelete
  5. impian tu memang ada la..
    cuma sampai buat koleksi tu perit la sket..
    takat sambar satu kereta lama, pastu bikin balik, bawak pun sentimental~
    ahaks..
    kalo nak sapot dari belakang, apa salahnya.. :)
    kecik tapak tangan, senyum lebar dihulurkan.. heheheheh..

    ReplyDelete